Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTMB Beri Potongan 30 Peratus untuk Balik Kampung Tanpa Jem
Auto Terkini

KTMB Beri Potongan 30 Peratus untuk Balik Kampung Tanpa Jem

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTM Komuter

MASUK sahaja Ramadan, ramai yang mula merancang perjalanan pulang ke kampung halaman sama ada untuk berbuka pertama bersama keluarga atau menyambut suasana awal bulan mulia. Dalam tempoh cuti perayaan yang masih berbaki, kesesakan lebuh raya memang boleh dijangka apatah lagi jika memandu dalam keadaan berpuasa.

Bagi yang mahu perjalanan lebih santai tanpa perlu berdepan kesesakan berjam-jam, perkhidmatan tren ETS kini tampil dengan tawaran istimewa potongan tambang sehingga 30%.

Tempoh Promosi & Syarat Kelayakan

Diskaun ini ditawarkan sehingga 22 Februari dan sah untuk pembelian tiket sehala sahaja. Ia terbuka khusus kepada warganegara Malaysia dengan harga tiket minimum RM40.

Untuk menebus tawaran, pengguna perlu membuat tempahan menerusi aplikasi KITS Style atau laman web rasmi KTMB dan memasukkan kod promosi NURRAMADAN atau RAMADANTIBA sebelum membuat pembayaran.

Laluan Popular Termasuk Ke Johor Bahru

Promosi meliputi laluan ETS terpilih termasuk perkhidmatan yang kini beroperasi terus hingga ke Johor Bahru. Ini memberi alternatif lebih fleksibel kepada penumpang dari Lembah Klang, Utara mahupun Selatan yang mahu mengelak kesesakan lebuh raya utama.

Namun begitu, tawaran ini tidak melibatkan ETS Kelas Perniagaan, perkhidmatan KTM Intercity, Shuttle Tebrau serta tiket kategori konsesi.

SUMBER: FB KTMB

Auto Terkini bulan ramadan Diskaun balik kampung Diskaun ramadan Diskaun Tiket Keretapi Keretapi Tanah Melayu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KTMB
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi RS 5 2026: PHEV Berprestasi Pertama Dari Audi Sport, 639 ps/825 Nm, 0-100 km/j 3.6 Saat!

19/02/2026
Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

19/02/2026
Adelaide masuk kalendar MotoGP 2027
MotoGP

#MotoGP2026: Adelaide Jadi Litar Jalan Raya Pertama GP Australia 2027

19/02/2026
Auto Terkini

LTSIP Mula Operasi 5 Mac Ini, Fokus Lonjakan Penumpang Menjelang Aidilfitri

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.