Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTMB Batal Tren MySawasdee Pasca Banjir Besar Hat Yai
Auto Terkini

KTMB Batal Tren MySawasdee Pasca Banjir Besar Hat Yai

SyafieBy Syafie02/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTMB batal perjalanan tren MySawasdee pasca banjit Hat Yai

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan pembatalan sementara perkhidmatan tren MySawasdee berikutan keperluan menjalankan pemeriksaan keselamatan pasca banjir, selain kerja pembersihan dan baik pulih landasan di beberapa kawasan yang masih belum berada dalam keadaan stabil.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembatalan itu melibatkan:

Tren Terjejas

  • Tren No. 1004: KL Sentral – Hat Yai
  • Tren No. 1005: Hat Yai – KL Sentral

Tempoh Pembatalan

  • 5 – 8 Disember 2025
  • 12 – 15 Disember 2025

Pada masa sama, pihak berkuasa Thailand turut menjalankan pemeriksaan infrastruktur rel dan penilaian teknikal bagi memastikan tahap keselamatan laluan sebelum sebarang operasi perjalanan disambung semula.

KTMB memaklumkan, seramai 837 penumpang terlibat dengan pembatalan tersebut membabitkan 683 penumpang masih belum membuat pembatalan tiket, dan 196 penumpang yang membatalkan perjalanan lebih awal serta layak menerima pemulangan baki tambang.

Mohon Pemulangan Tambang

Berikut cara memohon pemulangan tambang. Bagi pembelian secara dalam talian, penumpang boleh membuat pembatalan atau permohonan bayaran balik melalui:

Aplikasi KITS

  • MyTicket
  • Upcoming Ticket
  • Refund

Pemulangan tambang penuh akan dikreditkan serta-merta ke dalam KTM Wallet, dan boleh digunakan semula untuk pembelian tiket perjalanan akan datang.

Jadual Baharu Akan Dikemas Kini

KTMB memaklumkan, tarikh dan jadual perjalanan MySawasdee seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa bergantung kepada:

  • Keputusan pemeriksaan keselamatan laluan
  • Status pemulihan infrastruktur rel di kawasan terjejas
  • Kebenaran pihak berkuasa operasi rel Thailand

KTMB memohon maaf atas kesulitan dialami pelanggan dan menasihatkan penumpang yang memerlukan maklumat lanjut untuk menghubungi:

  • Pusat Panggilan KTMB: 03-9779 1200

Demi Keselamatan Penumpang

Langkah pembatalan sementara MySawasdee adalah tindakan keselamatan wajar bagi memastikan tiada risiko kepada penumpang di sepanjang laluan rentas sempadan selepas bencana banjir di Selatan Thailand.

Penumpang dinasihatkan sentiasa mengikuti pengumuman rasmi KTMB sebelum merancang semula perjalanan ke Hat Yai dalam tempoh terdekat.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Kereta Api Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KTMB MySawadee MySawasdee Sempadan Malaysia-Thailand Tren MySawasdee ke Hat Yai Batal
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.