Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM 450 Rally Replica 2026 (150 Unit), Rally Replica Sanders Edition (5 Unit) Bakal di Pasaran!
Roda2

KTM 450 Rally Replica 2026 (150 Unit), Rally Replica Sanders Edition (5 Unit) Bakal di Pasaran!

Abang HirataBy Abang Hirata16/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica satu nama besar yang bukan sekadar model rali biasa, tetapi bukti keunggulan KTM dalam dominasi berdekad lama Rali Dakar.

Model pengeluaran itu, yang hampir mirip motosikal rasmi (factory rally), kini dibuka untuk tempahan di pasaran tertentu.

KTM 450 Rally Replica Sanders Edition – 5 Unit Sahaja

Menjelang 2026, KTM bakal mengeluarkan 150 unit KTM 450 Rally Replica 2026 edisi khas, dan kepada peminat yang mahukan jentera ‘rare’, ada lima unit sahaja edisi istimewa dan ultra-eksklusif, KTM 450 Rally Replica Sanders Edition.

Sejak kali pertama ditawarkan kepada umum, KTM 450 Rally Replica sudah menakluki ribuan kilometer perlumbaan, dari penunggang persendirian Malle Moto hingga peserta kategori Rally2 dan RallyGP.

Pembangunan jentera itu hasil daripada data dan pandangan juara Dakar KTM sendiri seperti Marc Coma, Matthias Walkner, Toby Price, Kevin Benavides, dan yang terbaru Daniel Sanders.

Ini menunjukkan bahawa setiap aspek motosikal adalah kemuncak kejuruteraan jarak jauh atau Rally Raid.

Kelebihan motosikal ini jelas terbukti dalam Rali Dakar 2025 yang dimenangi Daniel Sanders. Bintang baharu, Edgar Canet pula meraih kemenangan Rally2, dan tidak ketinggalan kejayaan Emanuel Gyenes sebagai juara kelas unsupported (tanpa bantuan pasukan) Original by Motul yang menunggang KTM 450 Rally Replica.

Dengan semua kejayaan tersebut, model terbaharu 2026 itu sememangnya lebih ‘Ready to Race’ daripada model terdahulu.

Ciri Utama, Kejuruteraan Kelas Dunia

KTM 450 Rally Replica menampilkan enjin 450cc SOHC dengan suntikan bahan api (fi), dan dipadankan kotak gear manual 6-kelajuan dan klac hidraulik KTM premium.

Dua radiator memastikan penyejukan optimum dalam persekitaran paling mencabar dan ditempatkan dalam kerangka yang dikimpal tangan teliti di fasiliti pengeluaran KTM Motorsports.

KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026

Bahagian casis motosikal  direka menggunakan potongan laser yang juga memanfaatkan teknologi hidroform, iaitu kaedah pembentukan menggunakan tekanan air.

Gabungan teknologi berkenaan bertujuan memberikan maklum balas terbaik kepada penunggang yang berfungsi menyerap hentakan dengan cekap, dan memastikan kestabilan luar biasa ketika bergerak lurus. Melengkapkan casis itu adalah swingarm aluminium tuangan terap yang tahan lasak.

KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026

Bagi peringkat perlumbaan paling mencabar, tiga tangki bahan api, dua di depan dan satu di belakang menawarkan kapasiti gabungan kira-kira 34.5 liter.

Direka dengan mengambil kira keselesaan, keseimbangan, dan kebolehlarasan, model 2026 dilengkapi  suspensi WP PRO COMPONENTS.

KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026

Suspensi depan menggunakan fork WP XACT PRO 7548 Closed Cartridge Cone Valve 48mm yang terbukti dipasang dalam ofset 23mm menggunakan klamp tiga kali ganda (triple clamp) mesin CNC untuk ketegaran optimum.

Pengapit atas menampilkan sistem peredam bar hendal Progressive Handlebar Dampening System (PHDS) yang dibangunkan secara dalaman dan peredam stereng SCOTTS.

KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026

Di belakang, suspensi WP XACT PRO 7750 jenis boleh laras penuh memberikan keyakinan, keselesaan, dan kebolehpercayaan buat penunggang paling kompetitif.

Fork WP XACT PRO 7548 Closed Cartridge Cone Valve 48mm di depan yang diapit dalam ofset 23mm menggunakan triple clamp mesin CNC untuk kekakuan optimum.

Kokpit diperhalusi selama lebih sedekad untuk memberikan pengalaman perlumbaan terbaik. Fairing direka khas dan dioptimum secara aerodinamik untuk mengurangkan gelora angin serta keletihan, serta dilengkapi konsol navigasi gentian karbon.

KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026

Susun atur itu disepadu dengan pemuka rali KTM, dengan lampu amaran terbina dalam dan pelekap untuk sistem buku jalan digital (digital roadbook).

Pakej lampu utama LED elektrik memastikan penglihatan cemerlang ketika permulaan pagi gelap atau ketika kembali ke kem sementara pada lewat malam.

Perkakasan penting dan ciri keselamatan disepadukan ke dalam motosikal, yang mempunyai berat keseluruhan yang rendah dan output tinggi untuk pengendalian yang lincah merentasi pelbagai rupa bumi dari gaung sempit dan berbatu hingga bukit pasir padang pasir yang terbuka luas.

Spesifikasi KTM 450 Rally Replica 2026

KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
  • Model ‘Ready to Race’ edisi terhad dengan hanya 150 unit .
  • Enjin 450cc SOHC dengan suntikan bahan api (fi).
  • Casis spesifikasi perlumbaan yang dibangunkan melalui perlumbaan.
  • Fork kartrij tertutup WP XACT PRO 48 mm (Cone Valve).
  • Monoshock WP XACT PRO boleh laras penuh.
  • Sistem ekzos titanium Akrapovič kualiti premium.
  • Direka khas untuk perlumbaan ‘multi-stage cross-country’.

KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026

KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026
KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026
  • Model ultra-eksklusif hanya lima (5) unit dihasilkan.
  • Liveri kilang Red Bull penuh.
  • Kit pelekat Sanders, termasuk pelekat nombor permulaan hadapan dengan autograf.
  • Emblem edisi terhad pada kerangka, bernombor individu 001 hingga 005.
  • Pelana kilang (factory) Special Selle Dalla Valle.
  • Set rim kilang penuh dengan tayar lumba Michelin.
  • Set rim tambahan dengan tayar jalan diluluskan.
  • Cakera brek Kilang.
  • Penutup tangki Kilang Sanders dengan ukiran nama.
  • Penutup klac Kilang Hinson.
  • Pelindung tangan yang dicat kilang.
  • Dua pilihan ketinggian pad tangki Kilang.
  • Slider rantai karbon.
  • Peg kaki titanium Kilang.
KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026
KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026
  • Sistem ekzos titanium Akrapovic dengan ukiran laser.
  • Jersi perlumbaan dengan autograf Sanders.
  • Penghadang angin depan tambahan dengan nama kustom dan nombor permulaan pemilik masa depan.
  • Pakej VIP termasuk penyertaan eksklusif di KTM Europe Adventure Rally 2025.
  • Peluang untuk menunggang bersama Daniel Sanders di KTM Europe Adventure Rally 2025.

Pasukan pengilang rasmi akan hadir di KTM Europe Adventure Rally 2025 yang akan berlangsung di Romania pada 25 -29 Ogos, membawa trak Kilang dan mekanik khusus untuk memberikan sokongan eksklusif kepada setiap lima pemilik baru.

Setiap motosikal istimewa itu akan diserahkan Sanders secara peribadi.

KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026

Kedua-dua KTM 450 Rally Replica 2026 dan KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026 adalah satu-satunya model perlumbaan pelanggan yang dibangunkan, dihasilkan, dan dipasang fasiliti KTM Motorsports rasmi di Austria.

Ini  jentera yang dibina khas untuk pelumba rali serius seluruh dunia.

KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026
KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026
KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026
KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026
KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
KTM 450 Rally Replica 2026
Auto Terkini KTM KTM 450 Rally Replica KTM 450 Rally Replica 2026 KTM 450 Rally Replica Sanders Edition KTM 450 Rally Replica Sanders Edition 2026 Motosikal Rali
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.