Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM 250 Duke Kini Muncul Standard dengan ABS, Lebih Mahal RM800
Auto Terkini

KTM 250 Duke Kini Muncul Standard dengan ABS, Lebih Mahal RM800

AryonBy Aryon01/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


YA, KTM 250 Duke ABS kini didatangkan standard dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), tetapi ini bukan berita di Malaysia, sebaliknya India dengan harga Rs1.94 lakh (RM11,100), iaitu tambahan kira-kira Rs14,000 (RM800) daripada versi bukan ABS.

Ciri keselamatan ABS dwi-saluran 250 Duke sama seperti dipasangkan pada 390 Duke generasi terdahulu, iaitu jenis suis yang boleh aktif-nyahaktif. Ini bermakna penunggang boleh mematikan fungsi ABS jika tidak mahu menggunakannya, tetapi tiada mod ‘Supermoto’ sperti 390 Duke baharu.

Ciri ‘Supermoto’ membolehkan penunggang mematikan fungsi ABS pada tayar belakang bagi membolehkan penunggang melakukan aksi menggelungsur sisi seperti mendrif.

BACA >>> Bajaj Siar Poster Acah Avenger Street 180 dengan ABS, Calon Modenas Jaguh?

250 Duke diposisikan antara 200 Duke dan 390 Duke. Rekabentuk model ini  mengambil ilham gaya 390 dan dikuasakan enjin silinder tunggal 4-lejang 248.8cc penyejukan cecair berkuasa 38hp dan tork 24Nm. Disebabkan datang daripada induk sama, transmisi digunakan juga sama seperti 390 Duke, iaitu klac manual 6-kelajuan.

Dari segi teknologi, 250 Duke ABS kini sudah setanding Honda CBR250R ABS, termasuk dari segi harga (pasaran India). Namun, masih lagi sedikit mahal berbanding Yamaha FZ25 yang berharga Rs1.33 lakh (RM7,637). Dalam perkembangan lain, model bukan ABS masih dijual hingga akhir Mac ini.

BACA >>> #TunggangUji: Analisis Lengkap KTM 250 Duke (2017) – Rupa Agresif, Mantap di Selekoh

TIADA LAGI MOTOSIKAL BUKAN ABS DI INDIA

Mengikut regulasi India, semua motosikal di negara itu wajib dipasangkan ABS, berkuat kuasa 1 April nanti. Jadi beberapa bulan lalu menyaksikan banyak pengeluar mula melancarkan model versi ABS sebagai persediaan memasuki pasaran bulan depan.

Semestinya itu tindakan yang bagus dibuat Kerajaan India memandangkan negara itu memiliki ramai penunggang motosikal. Kami juga berharap Malaysia melakukan regulasi sama, sekurang-kurangnya mewajibkan ciri ABS untuk motosikal bersesaran 150cc ke atas.

GALERI

SUMBER: ZigWheels

India KTM KTM 2250 Duke ABS KTM India motosikal naked bike roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

16/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.