Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Krisis M1: Quartararo Kembali Guna ‘Setting’ Yamaha 2021
Auto Terkini

Krisis M1: Quartararo Kembali Guna ‘Setting’ Yamaha 2021

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS mengulangi prestasi kurang memberangsangkan pada perlumbaan GP Perancis 2023 di Le Mans, Fabio Quartararo memilih menggunakan semula tetapan 2021 Factory Yamaha untuk baki perlumbaan musim ini.

Bekas juara dunia GP 2021 itu mendakwa tetapan itu sudah dibuat pada jentera YZR-M1 sejak perlumbaan Sprint di Perancis minggu lalu.

Quartararo berkata;

Aku rasa okay sikit tapi belum lagi rasa cukup hebat. Tapi ini jauh lebih baik daripada semua benda yang kita orang cuba.

“Aku rasa pelan sekarang adalah kita orang kekal dengan setting 2021. Ini keputusan yang dibuat bersama kru. Aku kena sesuaikan diri dengan apa-apa masalah yang (akan) timbul.

“Sejak awal tahun, kita dah cuba beribu-ribu benda baru dan setting kat motor. Macam-macam kita dah buat tapi pendekatan yang terbaik adalah gunakan asas dua tahun lepas (tetapan 2021).”

Pada minggu lalu, El Diablo menamatkan saingan di tempat ke-7 dan cuma berpeluang memijak podium sekali sepanjang musim GP 2023 dan ketinggalan 45 poin di belakang pendahulu ranking, Francesco Bagnaia.

Quartararo menambah;

Buat masa ini, kami dah ketinggalan agak jauh (jika difikirkan gelaran juara dunia 2023) tapi aku ada juga rasa kecewa sebab aku sebenarnya patut dapat keputusan lebih baik kat sini (GP Perancis).

“Kerana pada akhirnya, apa yang nyata hari ini dan semalam (GP Perancis) serta juga Sprint, kelajuan aku tak adalah teruk sangat.”

Quartararo mendedahkan dua masalah utama dihadapi ialah jentera tidak laju dan susah hendak memintas pelumba lain.

Beliau menjelaskan naik taraf enjin 2023 membuatkan YZR-M1 lebih agresif dan sukar pula hendak membelok serta masih tidak mempunyai cukup kuasa untuk menandingi daya mendap (downforce) jentera pesaing.

El Diablo berkata;

Nampak macam kita dah dapat sikit kuasa ekstra tapi kita hilang lagi banyak ketika ride. Aku tak pernah dapat motor agresif macam ni dan tak boleh belok.

“Kita dah cuba ekzos (baru) tapi tak menjadi. Casis pun tak berkesan. Aero tak berfungsi. Elektronik pun tak berkesan. Cuma satu setting yang kita cuba dengan Öhlins, nampaknya lebih baik.

“Tapi dalam ujian (Jerez), semua benda baru kita try memang tak boleh pakai.”

SUMBER: Crash

2023 MotoGP Auto Terkini Fabio Quartararo GP Perancis 2023 Monster Yamaha Racing Factory MotoGP 2023
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.