Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
Auto Terkini

KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal

SyafieBy Syafie06/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KPDN Johor menafikan dakwaan stesen minyak di Jalan Pasir Pelangi kehabisan bekalan petrol RON95.

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Johor menafikan dakwaan kononnya stesen minyak di Jalan Pasir Pelangi kehabisan bekalan petrol RON95.

Sebaliknya tindakan mencabut beberapa nozel pam RON95 dibuat kerana kebocoran tangki utama bawah tanah di stesen berkenaan.

Siasatan Selepas Aduan Tular

Logo BUDI95

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pasukan penguat kuasa menjalankan siasatan kira-kira jam 2 petang, semalam (Ahad, 5 Oktober) selepas menerima aduan awam yang tular di media sosial.

Menerusi perbualan dengan pengurus stesen, beliau memaklumkan nozel RON95 terpaksa dicabut kerana berlaku kebocoran pada tangki utama bawah tanah.”

Sebanyak lapan nozel ditanggalkan, iaitu pam nombor 3, 4, 7, 8, 11, 12, 13 dan 14. Laporan berhubung isu itu juga sudah dikemuka kepada KPDN Putrajaya sejak Julai lalu.”

Penjualan RON95 Masih Berjalan Seperti Biasa

Lilis berkata, langkah mencabut nozel itu bertujuan mengelakkan kekeliruan pelanggan yang mungkin menyangka stok RON95 habis.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ada lapan pam lain, nombor 1, 2, 5, 6, 9, 10, 15 dan 16 yang masih beroperasi seperti biasa. Penjualan RON95 diteruskan tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Dakwaan Tular Tidak Benar

Terdahulu, tular di media sosial mengenai rungutan pengguna berhubung tindakan menanggalkan beberapa nozel pam RON95 di stesen berkenaan.

Malah ada dakwaan mengatakan tindakan itu kononnya bertujuan mengehadkan penggunaan RON95 kepada kenderaan dengan nombor pendaftaran Malaysia sahaja, dan bukan kepada kenderaan pendaftaran Singapura.

Bagaimanapun, KPDN Johor menegaskan isu itu berpunca daripada masalah teknikal, dan tidak melibatkan dasar penjualan bahan api.

Tiada Isu Kehabisan Stok, Hanya Masalah Teknikal

Penjelasan rasmi KPDN Johor mengesahkan pengguna tidak perlu risau mengenai bekalan RON95 di Johor Bahru.

Tindakan mencabut nozel dilakukan atas faktor keselamatan susulan kebocoran tangki, manakala baki pam lain masih beroperasi seperti biasa. Sekali gus, isu tular kononnya bekalan petrol habis atau disekat kepada pengguna tertentu adalah tidak benar.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Johor Bahru Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Johor Ron95
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.