Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Kotak Simpan Barang Givi B270N Monolock Lebih Sporty, Tahan Lasak – Harga RM185!
Aksesori

Kotak Simpan Barang Givi B270N Monolock Lebih Sporty, Tahan Lasak – Harga RM185!

Abang GYLBy Abang GYL31/03/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR barangan aksesori motosikal terkemuka di dunia, Givi Asia memperkenalkan kotak simpan barang, Givi B270N Monolock Topcase dengan penampilan lebih sporty dan aerodinamik.

Kotak simpan barang itu, yang berkapasiti 27 liter, dihasilkan di kilang Givi Malaysia, Bukit Beruntung, Rawang dan direka khas untuk penunggang yang mahu tampil ranggi ketika menunggang Ditambah pula kehadiran kemasan gentian karbon pada bahagian atas yang menjadikan ia tampak premium.

Dengan kemasan logo GIVI perak, ia mampu memberi imej garang dan berani, yang sesuai untuk semua jenis motosikal berkapasiti bawah 250cc, terutama kapcai.

Malah, aspek keselamatan juga dipertingkat dengan ciri sistem kekunci Monolock baharu yang mana kotak simpan barang Givi B270N ini boleh ditutup tanpa memerlukan kunci.

Ia juga terbukti tahan lasak apabila menggunakan Polipropilena (PP) sebagai bahan komponen utama, sama seperti kotak simpan barang Givi sebelum ini. Bakal berada di pasaran mulai April ini, kotak simpan barang B270N Monolock Topcase dijual pada harga RM1,85.

Givi Asia turut memperkenalkan 14 produk baru sempena sambutan Ulang Tahun ke-25 di Malaysia. Antara koleksi terbaru GIVI 2019 ialah:

BACA >>> Inilah ‘Superwoman’ di Sebalik Rekaan Produk Givi yang Mengancam

1. Monolock B32N-Advance Bold Topcase

  • Mula diperkenalkan pada 2017, kotak simpan barang Monolock B32N-Advance Bold ialah versi dipertingkat dengan kehadiran tiga komponen tambahan. Antaranya pemegang rod ’stainless-steel’ di atas, jaring elastik dan penyandar belakang dengan lapik pad dalam. Bagaimanapun, rekaan dan warna masih kekal sama.

2. G12 Fixed System Center Case

  • Diinovasikan daripada produk G10 Center Case, G12 memiliki kapasiti maksimum 12 liter selain rekabentuk tiga dimensi (3D).

3. Kotak Sisi E23 Monokey Side

  • Dengan kapasiti 23 liter, kotak sisi baharu ini mampu menampung beban hingga 5kg dan didatangkan bersama lampu isyarat tambahan dan jalur reflektif tinggi. Secara tidak langsung, ciri keselamatan ini mampu memberi kesan pencahayaan atas jalan raya.

BACA >>> 465 Baju Hujan Givi Tiruan Dirampas, Apakah Anda Salah Seorang Mangsa Tertipu?

LANCAR BUKU

Anita yusof

Pada masa sama, penunggang wanita pertama berjaya keliling dunia itu, yang juga Duta GIVI, Anita Yusof turut melancarkan buku Global Dream Ride Siri Ke-2, ‘Andai Ini Takdir Yang Kupilih’.

Buku itu, yang mencerita pengalaman Anita sepanjang mengelilingi dunia, dijual pada harga RM35 senaskah, dan boleh ditempah menerusi laman Facebook, Anita Yusof.

BACA >>> Anita Yusof Kebanggaan Malaysia – Penunggang Wanita Pertama Berjaya Keliling Dunia

GALERI
Anita yusof
Kotak Simpan Barang Givi B270N Monolock
Anita Yusof baju hujan givi box givi givi asia givi Malaysia harga box givi harga Kotak Simpan Barang Givi B270N Monolock kotak givi Kotak Simpan Barang Givi B270N Monolock produk givi 2019
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma
Aksesori

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma: Beg Udara Paling Canggih Setakat Ini?

24/02/2026
LS2 OF628 Compass
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

08/02/2026
Aksesori

But Menunggang LS2 Torrent Waterproof Boots Rasmi Lancar, Harga RM369

08/02/2026
LS2 lancar sarung tangan LS2 Dart II EVO dan LS2 Chaki EVO
Aksesori

Sarung Tangan LS2 Chaki EVO dan LS2 Dart II EVO Lancar, Harga Mula RM89!

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.