Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kos Hasilkan Kenderaan EV Akan Jadi Lebih Murah Tapi……
Auto Terkini

Kos Hasilkan Kenderaan EV Akan Jadi Lebih Murah Tapi……

ShawkathBy Shawkath12/03/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KOS purata pembuatan kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) dijangka lebih murah berbanding penghasilan kenderaan menggunakan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) menjelang tahun 2027.

Firma penyelidikan pasaran, Gartner menjelaskan perkara itu disebabkan metod baharu pengeluaran kenderaan yang akan mengurangkan kos pembuatan.

Malah Gartner menjangkakan kos pembuatan akan menurun lebih pantas kalau dibandingkan kos bateri EV. Secara umumnya, bateri EV ialah komponen paling mahal dalam sesebuah kenderaan EV dan merangkumi kira-kira 40 peratus harga kenderaan.

Analisis Gartner mengambil kira ‘inovasi-inovasi yang dapat mengurangkan kos pengeluaran seperti arkitektur pemusatan kenderaan atau pengenalan tempaan berskala besar (gigacasting) yang menurunkan kos serta masa pembuatan’.

Gigapress adalah mesin tempaan besar yang digunakan Tesla. Ini membolehkan pengeluar kenderaan menghasilkan bahagian bawah kenderaan ( bersaiz besar tetapi tunggal), menyeragamkan pengeluaran dan mengurangkan tugasan robot.

LEBIH MURAH TAPI KOS BAIK PULIH TINGGI

Naib Presiden Penyelidikan Gartner, Pedro Pacheco berkata:

Ini (teknologi baharu) bermaksud kos (pembuatan) BEV akan menyamai kos ICE pada kadar lebih cepat berbanding apa yang dijangka sebelum ini.

“Tetapi pada masa sama, ia akan mengakibatkan beberapa kerja baik pulih BEV lebih mahal.”

Firma penyelidikan itu menjangka purata kos baik pulih badan kenderaan EV dan bateri yang terlibat dalam kemalangan teruk akan naik 30 peratus menjelang 2027.

Ini menyebabkan kenderaan EV yang terlibat kemalangan teruk lebih mudah diklasifikasikan sebagai total write-off (total lost: kos baik pulih lagi tinggi berbanding harga semasa kenderaan).

Bukan itu sahaja, kos premium insurans juga dijangka lebih mahal dan akan ada syarikat insurans enggan menanggung beberapa model EV kelak.

Gartner menyatakan perkara itu juga memberi kesan terhadap respons konsumer terhadap kenderaan EV. Umum diketahui, ramai pengguna teragak-agak membeli kenderaan EV kerana bimbang dengan kos baik pulih tinggi selain had jarak pemanduan.

LEBIH BANYAK SYARIKAT EV MUFLIS?

Lebih mengejutkan, Gartner juga menjangkakan kira-kira 15 peratus syarikat EV yang didirikan sedekad lalu akan diambil alih firma lain atau bangkrap menjelang tahun 2027.

Pacheco berkata:

Ini bukan bermaksud segmen EV semakin merosot. Ia cuma memasuki fasa baharu dimana produk dengan servis terbaik akan mendahului produk lain.”

SUMBER: Gartner | Reuters

autoterkini Gartner Harga kenderaan EV murah Kenderaan Elektrik Roda4
Shawkath

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.