Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Korea Selatan Beri Pek Penjagaan Diri, Makanan untuk Rakyat Jalani Kuarantin Covid-19
Auto Terkini

Korea Selatan Beri Pek Penjagaan Diri, Makanan untuk Rakyat Jalani Kuarantin Covid-19

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK wabak Covid-19 diisytiharkan sebagai pandemik global, banyak negara mengambil pendekatan menguatkuasakan perintah berkurung, atau duduk di rumah (kuarantin), termasuk mengumumkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi bagi meredakan kerisauan dan membantu masalah kewangan rakyat.

Situasi pandemik mengejut tersebut bukanlah sesuatu yang mudah diterima umum dan kerana itu masih ramai enggan patuh kepada arahan Kerajaan supaya duduk di rumah.

Di Amerika Syarikat, ada insiden polis terpaksa mengejar sekumpulan penunggang basikal dengan aksi seperti pertandingan menangkap ayam. Di Britain, orang dewasa masih mahu keluar rumah untuk menjemurkan badan di bawah cahaya matahari. Di Malaysia pula, ada segelintir penduduk sengaja mencabar arahan pihak berkuasa dengan melanggar sekatan jalan raya dan ada yang sanggup memaki-hamun.

Namun, berbeza di Korea Selatan yang ada formula menarik dan unik untuk memastikan penduduk yang terpaksa dikuarantin dapat menjalani kehidupan harian di rumah dengan tenang, iaitu pemberian pek barangan keperluan harian berbentuk makanan dan set penjagaan diri.

BACA >>> PRIHATIN: Pekerja PKS Gaji Bawah RM4k Dapat Subsidi Upah Maksimum RM1.2k Sebulan!

Pemilik akaun media sosial Imgur dengan nama Uvzxkwq berkongsi beberapa gambar pek barangan keperluan harian yang diterimanya pada hari kedua kuarantin di rumah.

Pakej itu bukan hanya mengandungi set penjagaan diri seperti topeng muka dan sanitiser tangan, tetapi juga makanan segar. Insentif  tersebut membantu orang ramai untuk tidak keluar ke kedai runcit bagi mendapatkan barangan harian, sekali gus mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.

Sementera itu, pengguna Reddit, TheMemeChurch yang juga mengalami situasi sama turut membantu menjelaskan situasi sebenar di Korea Selatan.

Baru-baru ini di Korea (Korea Selatan) dan ada sedikit kontak dengan satu kes yang disahkan (Covid-19). Saya segera dimaklumkan pihak berkuasa tempatan dan menjalani ujian keesokan hari. Mujur keputusan negatif, tetapi mereka tetap nasihatkan saya untuk kuarantinkan diri selama 14 hari.

“Saya terima panggilan daripada petugas kes berdedikasi yang beritahu saya akan diperiksa dua kali sehari sepanjang tempoh kuarantin. Mereka juga maklumkan akan hantar beberapa bekalan keperluan pada hari sama. Saya ingatkan kotak tisu dan sanitiser tangan tetapi saya silap!

“Ada banyak (barang), termasuk tentang kisah amalan terbaik dan bayaran pendapatan kecemasan daripada Kerajaan kepada mereka yang tak mampu bekerja dan tidak dibayar gaji. Ia berjumlah kira-kira AS$1,500 (RM6,524) untuk seisi rumah dengan lima ahli keluarga dan bantuan ini sangat membantu.

“Secara jujur, cara mereka mengendalikan keseluruhan situasi ini cukup efisien, profesional dan agak menenangkan. Ia beri harapan Korea boleh lakukan sesuatu untuk menangani virus ini yang secara agresif menguji (kita) berbanding negara lain.”

Selain pakej barangan keperluan, penerima juga diberikan penerangan mengenai cara pembuangan sampah supaya mereka tidak menyebarkan wabak kepada orang lain.

Penerangan pembuangan sampah kepada mereka yang tiada simptom Covid-19: Selepas isi beg sampah dibekalkan, tolong simpan dulu dan lakukan semburan antivirus pada beg tersebut (sekali sehari).

“Hanya isi 75 peratus, ikat kemas dan sembur untuk disinfeksi. Anda perlu simpan beg sampai habis tempoh kuarantin dan menghubungi nombor diberi, mereka akan lupuskannya untuk kamu.”

Kerajaan Korea Selatan turut mengirim sepucuk surat (gambar atas) bersama pakej kepada mereka yang terjejas, diterjemahkan seperti berikut:

Kepada mereka yang sedang menderita akibat virus Covid-19, kami sampaikan salam dan rasa simpati. Kami (Kementerian Makanan?) mengirim pakej kesihatan mesra alam daripada sumber tanaman mesra alam. Kami harap ia membantu kamu mendapat tenaga diperlukan untuk rutin harian. Kami juga berharap anda sembuh secepat mungkin dan kembali kepada kehidupan normal harian. Anda boleh lakukannya! Lawan! Terus mara Korea Selatan!”

BACA >>> PRIHATIN: Inilah 5 Golongan Terbesar Dapat Bantuan Tunai Hadapi Covid-19

SUMBER: BoredPanda

Auto Terkini Covid-19 Kuarantin Pakej Rangsangan Ekonomi Korea Selatan Pek Barangan Keperluan Harian Perintah Berkurung Wabak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Jualan Geely Auto
    Auto Terkini

    Geely Holding Catat Jualan Lebih 937,000 Unit Suku Pertama (Q1) 2026

    22/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    22/04/2026
    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026
    Roda2

    KTM 1390 Super Duke RR Track – 100 Unit Sahaja, Harga Cecah RM190k

    22/04/2026
    Auto Terkini

    Dari Litar ke Laut – Ferrari Hypersail, DNA Supercar Maranello Di Atas Air

    22/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.