Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kontrak Kereta Sambung Bayar Tak Sah, Pemilik Boleh Didenda hingga RM30k, Penjara 3 Tahun
Auto Terkini

Kontrak Kereta Sambung Bayar Tak Sah, Pemilik Boleh Didenda hingga RM30k, Penjara 3 Tahun

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize24/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INGAT, sebelum berniat hendak beli kereta terpakai sambung bayar dengan harga mampu milik, ketahuilah sebarang kontrak ditandatangani bagi tujuan itu adalah tidak sah.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, di bawah perjanjian sewa beli yang dimeterai antara pemunya (bank) dan penyewa (pembeli asal), ada satu syarat yang mana penyewa tidak boleh menjual kenderaan mereka tanpa kebenaran pemunya kerana salah di bawah Akta Sewa Beli 1967.

Bagaimanapun, penyerahan hak di bawah perjanjian sewa beli adalah dibenarkan di bawah Seksyen 12 Akta Sewa Beli 1967 dengan kebenaran pemunya.

Azman berkata;

Jika penyewa berniat menyerahkan haknya ke atas kenderaan di bawah perjanjian sewa beli, penyewa terbabit hendaklah merujuk dan memaklumkan niat kepada pihak pemunya bagi mendapatkan kebenaran dan kelulusan.

“Jika pemunya bersetuju, perjanjian sewa beli atas nama penyewa tidak akan ditamatkan, tetapi dokumen ‘assignment’ disediakan untuk ditandatangani penyewa asal, bank dan penyambung bayar dengan mengekalkan hak serta liabiliti penyewa asal sepanjang tempoh assignment berkuat kuasa dengan syarat penyambung bayar tiada dalam senarai hitam institusi kewangan.”

Namun, istilah ‘sambung bayar’ dianggap sebagai penyerahan hak milik kenderaan dan kepentingan penyewa kepada mana-mana orang tanpa kebenaran dan kelulusan pemunya dengan perjanjian sewa beli yang masih berkuat kuasa.

Kebiasaannya aktiviti sambung bayar berlaku di luar pengetahuan pemunya yang mana penyewa akan membuat rundingan terus dengan penyambung bayar atas niat mahu ‘menjual’ kenderaan itu yang sebenarnya masih tertakluk di bawah perjanjian sewa beli.

Penyambung bayar pula hanya perlu menyediakan bayaran pendahuluan kecil dan menyambung bayaran ansuran bulanan kepada pemunya bagi pihak penyewa.

“Kebiasaannya, persetujuan antara penyewa dengan penyambung bayar akan dimeterai melalui kontrak bertulis atau berjabat tangan saja,” kata Azman.

Tambahnya, antara sebab berlaku aktiviti sambung bayar adalah penyewa tidak mampu lagi membayar ansuran bulanan, penyambung bayar dalam senarai hitam institusi kewangan, penyambung bayar tidak perlu menyediakan wang pendahuluan tinggi, dan proses membeli mudah.

Azman berkata lagi, antara kesan membeli kereta sambung bayar adalah institusi kewangan sukar mengesan kenderaan dijual jika pihak penyambung bayar gagal membayar ansuran bulanan kereta itu.

Selain itu, penyewa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 38 Akta Sewa beli 1967 dan boleh didenda tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya.

“Ini juga berkemungkinan menyebabkan berlaku penipuan jika pihak penyambung bayar gagal buat bayaran ansuran kepada institusi kewangan seperti dipersetujui dan boleh menyebabkan nama penyewa disenaraihitamkan,” katanya.

Kesan lain, penyewa akan menerima saman atas kesalahan yang tidak dilakukan dan boleh disabit aktiviti jenayah yang dilakukan pihak penyambung bayar.

BACA >>> Jangan Terbeli Kereta Sambung Bayar, Buruk Padahnya – JPJ
BACA >>> Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko yang Bakal Anda Hadapi

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kereta sambung bayar Kereta terpakai KPDN
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.