Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Konsultan Kejuruteraan: Ada Kes Gula Bukan Punca Enjin Rosak
Autotainment

Konsultan Kejuruteraan: Ada Kes Gula Bukan Punca Enjin Rosak

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TULAR isu pemilik Perodua Bezza baharu yang mendakwa keretanya rosak hanya selepas lapan jam dipandu. Menurut pemilik malang itu, dia dimaklumkan mekanik Pusat Servis Perodua yang mengatakan keretanya rosak hingga tidak dapat dihidupkan disebabkan terdapat bendasing seakan gula di dalam enjin.

Benarkah kehadiran bendasing selain petrol dan bendalir lain seperti minyak enjin mampu merosakkan enjin? Adakah pernah berlaku kes seperti itu?

Jawapannya, YA.

Memang ada laporan mengenai kes vandalisme yang mana si pelaku memasukkan gula dalam tangki minyak kenderaan hingga menyebabkan berlaku kerosakan enjin.

Malah bukan perkara mengejutkan jika ada pihak mengemukakan tuntutan kegagalan fungsi enjin disebabkan pencemaran gula berikutan perbuatan vandalisme berkenaan.

Menurut penjelasan portal tuntutan insurans, PropertyCasualty 360.com berdasarkan kes diterima, pencemaran gula (glukosa) dalam minyak enjin mampu menyebabkan kegagalan fungsi enjin.

Lihat foto atas (kiri) yang menunjukkan keadaan beberapa piston calar, manakala foto kanan pula bahan api yang dicemari bendasing berwarna putih. Analisis kimia mendapati bendasing putih itu ialah glukosa (gula).

Pencemaran bendasing seperti gula mampu menyebabkan kerosakan terhadap injektor bahan api (fuel injector) dan penapis bahan api (fuel filter). Namun bukan semua kes disebabkan gula.

GULA BUKAN PUNCA ENJIN ROSAK?

Presiden C Roberts Consulting Engineers, Charles C Roberts Jr dalam artikel tersebut mengambil contoh satu kes sebuah bot mengalami kegagalan enjin yang disyaki akibat kehadiran glukosa dalam bahan api.

Beliau berkata;

Analisis kehausan logam dan analisis kimia tambahan ke atas minyak enjin menunjukkan tiada bukti glukosa dan tiada bukti pencemaran minyak enjin jangka panjang (walaupun) akibat kurang penyelenggaraan.

“Ketiadaan data analisis kehausan logam minyak enjin mendedahkan fenomena piston calar itu berlaku agak cepat.

“Malah pemeriksaan ke atas sistem bahan api enjin juga tiada bukti pencemaran pada mangkuk apung karburetor (carburetor float bowl) atau penapis bahan api yang menunjukkan enjin tidak beroperasi selepas gula dimasukkan dalam tangki bahan api.

“Ini menimbulkan keraguan mengenai pencemaran glukosa sebagai punca kegagalan enjin.”

JADI APA PUNCANYA?

Gear plastik yang menggerakkan syaf
Roda gear plastik

Charles menjelaskan, pemeriksaan lanjut ke atas enjin itu menemukan punca kegagalan fungsi enjin, iaitu rod syaf (shaft) dan gear pacu pam minyak (oil pump drive gear) (foto atas kanan).

Di hujung syaf ialah pam minyak (foto atas kiri)  yang berfungsi menyalurkan minyak enjin (dengan tekanan) ke komponen enjin.

Lihat pula anak panah sebelah (foto atas kanan), apa dapat kita lihat adalah kehausan roda gear plastik yang gagal memusingkan pam minyak, sekali gus menyebabkan kekurangan pelinciran dan kegagalan enjin.

Justeru disebabkan kekurangan pelinciran, maka komponen piston dalam enjin mengalami kerosakan teruk seperti gambar uatama di atas .

Punca kerosakan enjin adalah kerosakan gear pacu pam minyak yang membawa kepada kekurangan pelinciran, piston calar dan gangguan signifikan piston dalam silinder (blok enjin).

“Ini adalah kegagalan dalaman enjin daripada komponen mekanikal, dan bukan kegagalan disebabkan kewujudan gula dalam tangki minyak,” kata Charles.

SUMBER: PropertyCasualty 360

Auto Terkini autotainment C. Roberts Consulting Engineers Charles C. Roberts Jr Gula dalam enjin Konsultan Kejuruteraan Perodua Bezza tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.