• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KKR: Belanjawan 2026 Akan Fokus Tambah Baik JRTB

KKR: Belanjawan 2026 Akan Fokus Tambah Baik JRTB

August 15, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Projek pemasangan 385 unit lampu jalan solar sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) dijangka siap menjelang September 2025

JALAN Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli bakal menjadi antara tumpuan utama Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam Belanjawan 2026 susulan keperluan mendesak bagi kerja-kerja penambahbaikan di laluan strategik itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, walaupun jumlah peruntukan khusus masih belum dimuktamadkan, KKR sudah mengemukakan permohonan bagi menaik taraf beberapa lokasi kritikal di JRTB yang sering menjadi tumpuan pengguna.

Ini bukan peruntukan khas, tetapi dimohon dalam peruntukan biasa untuk laluan JRTB memandangkan keperluannya sangat mendesak,” katanya.

Kerja Naik Taraf: Lampu Solar, Penghalang Jalan dan Perabot Jalan Dibaik Pulih

Menurut Nanta, sebanyak 385 unit lampu solar sudah dipasang di lokasi-lokasi berisiko terutamanya di selekoh berbahaya.

Selain itu, penghadang jalan yang rosak sudah dibaik pulih, papan tanda diperbaharui dan garisan jalan dicat semula untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna.

Aplikasi MYJalan Jadi Pemangkin Naik Taraf JRTB

Dalam ucapannya, Nanta turut memaklumkan aplikasi MYJalan yang dilancarkan di Perak sebelum ini sudah membantu KKR mengumpul data kerosakan jalan secara sistematik.

Maklumat yang diperoleh menjadi asas kukuh untuk kementerian memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan bagi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf JRTB serta jalan Persekutuan lain di negeri ini.

JRTB bukan sahaja nadi penghubung antara negeri tetapi menyimpan sejarah penting pembinaan jaringan jalan raya negara. Atas kesedaran itu, Perak dipilih sebagai negeri pertama untuk pelancaran MYJalan."

Fokus Keselamatan, Keselesaan dan Warisan Jalan Raya Negara

Pelaburan dalam menaik taraf JRTB menunjukkan komitmen KKR untuk meningkatkan keselamatan, keselesaan, dan kelancaran trafik di laluan yang menjadi penghubung utama antara Perak dan Kelantan ini.

Malah, usaha ini turut memastikan warisan sejarah JRTB terus terpelihara sambil memberi manfaat ekonomi kepada kawasan setempat.

Dengan data tepat daripada MYJalan dan sokongan Belanjawan 2026, pengguna jalan raya boleh menjangkakan persekitaran pemanduan yang lebih selamat dan kondusif pada masa akan datang.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Belanjawan 2026, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Kementerian Kerja Raya (KKR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev