Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KINETA Tawar Pasang Pengecas EV Semua Jenama Seluruh Malaysia
Auto Terkini

KINETA Tawar Pasang Pengecas EV Semua Jenama Seluruh Malaysia

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam17/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

KINETA tawar pasang pengecas EV pelbagai jenama seluruh Malaysia

PENYEDIA penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) tempatan, KINETA Sdn Bhd mengumumkan peluasan perkhidmatan dengan menawarkan pemasangan profesional untuk semua jenama pengecas AC dan DC, seperti ZD Energy, Wallbox, Joint, Sino dan jenama utama lain di pasaran.

Perkhidmatan itu kini tersedia secara nasional, meliputi Pulau Pinang, Perak, Lembah Klang, Selangor, Johor Bahru, Pahang, Sibu, Kuching dan Kota Kinabalu, sekali gus mengukuhkan komitmen KINETA dalam menyokong pertumbuhan ekosistem EV di Malaysia.

Pemasangan Bertauliah, Utamakan Keselamatan

 

KINETA berkata, semua kerja pemasangan dijalankan juruteknik elektrik bertauliah Suruhanjaya Tenaga (ST), selain profesional industri diiktiraf. Setiap pemasangan menggunakan komponen diperakui SIRIM dan ST, seperti Pemutus Litar Arus Baki (RCCB), Pemutus Litar Miniatur (MCB) dan aksesori pendawaian yang mematuhi piawaian keselamatan kebangsaan.

Ketua Operasi Runcit KINETA, Azizul Aziz berkata, ramai pemilik EV tanpa sedar bergantung kepada pemasang tidak bertauliah atau komponen tidak diluluskan, yang boleh mendatangkan risiko serius seperti kerosakan elektrik dan kebakaran.

Keselamatan adalah keutamaan kami. Setiap pemasangan direka untuk melindungi pengguna dan harta benda, selain memastikan kebolehpercayaan jangka panjang serta pengalaman pengecasan selamat dan bersedia untuk masa depan,” katanya.

KINETA tawar pengecasan EV semua jenama

Tawaran Diskaun Terhad Disember 2025

Sempena peluasan perkhidmatan itu, KINETA menawarkan diskaun RM188 bagi semua pakej pemasangan KINETA, sah 15 hingga 31 Disember 2025.

Langkah itu memberi peluang kepada pemilik EV, pemilik premis komersial dan pengendali ruang runcit untuk mendapatkan pemasangan pengecas EV yang selamat, patuh piawaian dan berdaya saing dari segi kos, tanpa mengira jenama pengecas digunakan.

Auto Terkini kereta elektrik KINETA Charge KINETA Sdn Bhd kos pemilikan kenderaan elektrik pemasangan profesional pengecas elektrik pemilik EV Pengecas EV terminal charger elektrik
Shazwan Hisam

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.