Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kilang Geely Xi’an Mampu Hasilkan 300,000 Unit Kereta Setahun, Operasi Guna 800 Robot
Auto Terkini

Kilang Geely Xi’an Mampu Hasilkan 300,000 Unit Kereta Setahun, Operasi Guna 800 Robot

Han OthmanBy Han Othman01/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Zhejiang Geely Holding Group (Geely)
kini memiliki 50 peratus pegangan dan kepentingan dalam Daimler yang membolehkan konglomerat antarabangsa itu merancakkan semula jenama smart pada 2019.

smart dikenali sebagai jenama asal Jerman, yang sinonim dalam pembuatan kereta kompak urban dengan rekaan unik menerusi kerjasama pengeluar jam dari Switzerland, Swatch dan Mercedes-Benz (atau Daimler-Benz AG).

smart fortwo
smart forfour

Antara model smart popular suatu masa lalu ialah ForTwo atau ForFour yang tampil dengan rekabentuk unik dan premium dalam pakej kompak. Namun, dengan kemasukan Geely sejak empat tahun lalu itu, episod baharu smart bermula semula.

Antaranya, model smart selepas ini hanya akan hadir sebagai kenderaan elektrik yang mana Daimler dari Jerman bertanggungjawab dalam aspek rekabentuk luaran dan dalaman, manakala Geely berperanan dengan teknologi EV dan pengeluaran model baharu akan datang.

Susulan perjanjian itu, Geely memberi komitmen membuka kilang pengeluaran baharu untuk teknologi kenderaan generasi baru smart EV.

Sejak 20 Julai 2021, fasiliti yang dikenali sebagai Pusat Pengeluaran Geely (Geely Manufacturing Base) di Xi’an, China mula beroperasi, dan September lalu kami berpeluang mengunjungi kilang berkenaan.

Dibina atas kawasan seluas 2,260 ekar dengan pelaburan 7.8 bilion yuan (RM5.1 bilion), kilang Geely Xi’an menempatkan teknologi revolusi industri 4.0 canggih yang memuatkan empat bengkel utama (tempa (stamping), kimpal, cat dan pasang).

Sebahagian besar operasi adalah secara automosi robot. Kilang itu juga menjadi projek terbesar Geely, sama ada dari segi keluasan kawasan dan pelaburan keseluruhan, termasuk kelengkapan teknologi tercanggih setakat ini.

Kilang ini memiliki kapasiti pengeluaran 60 unit sejam, dengan purata pengeluaran sebuah kereta dalam seminit, atau 1,000 unit sehari untuk jumlah maksimum operasi. Kapasiti pengeluaran maksimum setahun pula 300,000 unit.

Kilang tersebut juga mampu mengendalikan pemasangan tiga platform berbeza pada satu-satu masa, dengan enam bahagian atas kenderaan berlainan.

Dalam kunjungan itu, kilang tersebut sedang menjalankan pemasangan tiga model semasa, iaitu smart #1, smart #3 dan Geely Xingyue, yang menjadi model pertama dipasang sejak memulakan operasi pada 2021. Semuanya berjalan serentak.

Satu lagi kecanggihan kilang itu adalah operasi automasi sebahagian besar operasi melibatkan bantuan 800 robot  untuk kerja-kerja seperti menyusun dan memindahkan bahagian kenderaan, terutama bahagian kecil.

Malah dalam persekitaran gelap pun sistem robotik masih dapat berfungsi. Bahagian tempa juga beroperasi automatik penuh, sekali gus menyaksikan jumlah tenaga kerja manusia minimal

Kilang Geely Xi’an dijangka mampu menyelesaikan masalah pengeluaran melibatkan tempahan berbeza varian dan spesifikasi?

Ini kerana fasiliti tersebut ini terdiri daripada sistem dengan 12 saluran mengecat, dan lima adalah saluran ‘tukaran pantas’. Lima saluran khas berkenaan membolehkan operasi tukar warna dibuat pantas dan fleksibel untuk barisan pengeluaran dalam jumlah lebih kecil.

Kilang Geely Xi’an turut memiliki litar ujian sendiri dengan jarak keseluruhan 3.2km, juga terpanjang di China, melibatkan 10 fasiliti ujian berbeza seperti litar pecutan 120kmj dengan laluan lurus 1.2km, ujian kedalaman air dan simulasi hujan lebat dengan tekanan air 0.5 bar berterusan selama enam minit.

Kilang Geely Xi’an juga diiktiraf ‘Kilang Karbon Sifar’ (Zero Carbon Factory), yang mana operasi pengeluaran menggunakan kaedah mesra alam untuk mencapai neutraliti karbon.

Kilang itu mempunyai zon hijau berkeluasan 296,550 meter persegi dengan sistem jana kuasa super photovoltaic berkapasiti 51 megawatt, yang menjana 53.76 juta kWh elektrik setahun.

smart #1 yang bakal dilancarkan rasmi untuk pasaran Malaysia juga datang dari kilang Geely Xi’an. Begitu juga smart #3, yang dijangka diperkenalkan untuk pasaran tempatan nanti.

Walaupun pemasangan dan teknologi EV dikendalikan Geely, semua kualiti dan standard pengeluaran dipastikan setaraf apa dipraktikkan Mercedes-Benz sebagai jenama kenderaan premium.

Auto Terkini Daimler-Benz AG Kereta Elektrik smart Kilang Geely Xi'an Mercedes-benz Proton SMART Zhejiang Geely Holding Group
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

01/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

01/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

01/04/2026
Lepas L4 tayang di BIMS 2026
Roda4

#BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

01/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.