• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Stinger GTS Edisi Terhad dengan Mod Drift, 800 Unit Sahaja di Amerika!

Kia Stinger GTS Edisi Terhad dengan Mod Drift, 800 Unit Sahaja di Amerika!

April 21, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


APAKAH alternatif buat mereka yang mahukan kereta penumpang prestasi premium selain jenama Barat dan Jepun? Seperti biasa Kia hadir dengan tawaran tersendiri menerusi wakil unggul yang dikenali sebagai Stinger. Model ini begitu hangat diperkatakan sejak dalam pembangunan lagi.

Stinger kali pertama kali diperkenalkan dua tahun lalu, dan berjaya menarik perhatian ramai. Kali ini, sedan fastback itu  tampil di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2019, menerusi model edisi terhad Stinger GTS!

BACA >>> 17 Fakta Pantas: Kia Stinger GT 2.0L  dan 3.3L Kini di Malaysia, Harga Bermula RM239,888!

UNIT TERHAD, CIRI SPESIAL

Stinger GTS hanya dikeluarkan 800 unit sahaja dan dilengkapkan beberapa ciri istimewa, seperti sistem pacuan semua roda dinamik (D-AWD) yang baru  dibangunkan untuk pemanduan prestasi. Stinger sebenarnya sudah pun sedia bagus, tetapi individu penting di sebalik pembinaan model ini, Albert Biermann selaku Ketua Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) mahu pergi lebih jauh.

Hasilnya, lahirlah ciri D-AWD yang boleh laras semula bagi merapatkan jurang antara Stinger AWD dan RWD. Selain perubahan nadi kuasa, bahagian luaran Stinger turut dibezakan dengan penggunaan gentian karbon asli dan warna baharu lebih menyerlah.

Mod Drift berfungsi dengan hantaran kuasa hingga 100 peratus kuasa kepada roda belakang, dan menahan gear daripada bertukar ke atas. Dari segi enjin, Stinger dilengkapi enjin 3.3L V6 turbo kembar berkuasa 365hp yang dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan.
BACA >>> Polis Australia Pilih Kia Stinger untuk Tugasan Rondaan Rentas Negeri

CIRI KIA STINGER GTS

  • Warna eksklusif Federation Premium Orange.
  • Komponen gentian karbon asli dengan lingkaran pada gril harimau, cermin sisi dan sisip udara.
  • Logo GTS di belakang.
  • Stereng dan konsol tengah balutan Alcantara.
  • Cermin suria.
  • Sistem audio premium 720-watt Harman Kardon dengan Quantum Logic dan Clari-Fi.

Harga Stinger GTS di Amerika Syarikat ialah AS$44,000 (RM182,900) untuk RWD, dan AS$46,500 (193,300), D-AWD. Di pasaran tempatan, Kia Stinger boleh dibeli pada harga RM239,888 (2.0L GT-Line) dan RM309,888 (3.3L V6 GT).

BACA >>> Kia Forte5 (2020) Debut Sebagai Hatchback Kacak

KREDIT FOTO: Motor1

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Albert Biermann, Federation Premium Orange, Kia, Kia Stinger, Kia Stinger GTS, NYIAS 2019, Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2019, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
  • Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
    Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my