Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Siar Pula Lakaran Rasmi Ruang Dalaman SUV Kecil Serba Baharu
Auto Terkini

Kia Siar Pula Lakaran Rasmi Ruang Dalaman SUV Kecil Serba Baharu

Han OthmanBy Han Othman24/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS mendedahkan rekabentuk luaran minggu lalu, Kia menyiarkan pula lakaran rasmi baharu rupa dalaman kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil serba baharu jenama itu.

Ruang tengah papan pemuka terpampang unit infotainment 10.25 inci dengan skrin sentuh dan butang fizikal yang memberikan beberapa akses kabin seperti kawalan penyaman udara, audio, konektiviti telefon pintar dan lain-lain.

BACA >>> Kia Dedah Imej Pertama SUV Kecil Baharu Khas untuk Pembeli Muda

Rekaan stereng multifungsi mirip seperti Stonic dengan gabungan tolok meter tradisional untuk spidometer dan takometer, dan paparan digital. Kawalan tingkap kuasa dan cermin sisi diletakkan pada pintu pemandu.

Ruang dalaman dikemaskan dengan trim metalik dan kemasan gentian karbon pada permukaan berbeza, termasuk bar genggam di sebelah kerusi penumpang.

“Kami menumpukan kepada merekabentuk kabin yang berbeza daripada model lain dalam segmen SUV kecil, dengan rasa rekabentuk yang dalam dan kaya,” kata Ketua Gaya Kia, Byung Chul Juh.

“Model terbaharu kami akan menawarkan lebih ketenangan dan kepuasan kepada pelanggan, dengan rekaan dalaman berkualiti premium yang diperoleh daripada perincian rekabentuk sofistikated,” katanya lagi.

Lakaran didedahkan ialah varian automatik dalam aturan sekuensial, yang juga disediakan mod pemanduan off-road seperti dilihat pada satu tombol berdekatan gear. Ia turut dilengkapkan ciri kawalan turun bukit, pengunci diferensial dan mungkin beberapa fungsi lain yang membantu SUV ini meredah pelbagai cabaran rupa bumi.

Kerusi depan memiliki fungsi pengudaraan dan pemanasan (termasuk roda stereng), sensor parkir dan fungsi mula-henti yang turut termasuk dalam pakej bersama teknologi pencahayaan kabin, Sound Mood Lighting yang akan mengubah cahaya kabin mengikut irama muzik dimainkan.

BACA >>> #PanduUji: Kia Picanto yang Kecil-Kecil Cili Padi, Memang Menyengat!

Kia dijangka mendedahkan SUV kecil baharu ini dalam masa beberapa minggu akan datang. Ia juga dijadualkan berada di pasaran Korea Selatan pada separuh kedua tahun ini sebelum pelancaran global tidak lama selepas itu.

Byung Chul Juh Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Lakaran SUV Kia Baharu SUV SUV Kia Baharu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.