Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Seltos 2026 Rasmi di India, Harga Mula ₹10.99 Lakh (RM47k)!
Auto Terkini

Kia Seltos 2026 Rasmi di India, Harga Mula ₹10.99 Lakh (RM47k)!

Abang HirataBy Abang Hirata13/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kia Seltos 2026

KIA India secara rasmi mengumumkan harga bagi Kia Seltos serba baharu yang kini memasuki generasi kedua.

Model ini tampil dengan dimensi lebih besar serta rekaan lebih menonjol bagi menetapkan tanda aras baharu dalam segmen SUV saiz pertengahan di pasaran India.

Rekaan Luaran Lebih Dominan dan Progresif

Kia Seltos 2026
Kia Seltos X-Line

Kia Seltos serba baharu dibina berasaskan falsafah reka bentuk Opposites United yang memberikan identiti SUV moden dan berkeyakinan.

Bahagian hadapan menampilkan rekaan Digital Tiger Face yang dipadankan dengan lampu hadapan LED jenis Ice Cube serta fungsi Dynamic Welcome.

Di antara ciri unik yang pertama kali diperkenalkan dalam segmen ini ialah pembuka pintu jenis Automatic Streamline yang rata dengan badan kenderaan.

Kia Seltos 2026

Profil sisi diserlahkan lagi dengan penggunaan rim aloi Sporty Crystal Cut bersaiz 18 inci yang dilengkapi kaliper brek berwarna Neon.

Di bahagian belakang pula terdapat spoiler yang disepadukan bersama pengelap cermin jenis tersembunyi.

Pelanggan ditawarkan dengan 10 pilihan warna tunggal termasuk dua warna baharu iaitu Morning Haze dan Magma Red.

Kabin Premium Teraju Teknologi Digital

Kia Seltos 2026

 Ciri utama yang paling menonjol ialah Trinity Panoramic Display bersaiz 30 inci yang menggabungkan panel instrumen dan sistem infotainmen dalam satu paparan melengkung.

Untuk hiburan ia dilengkapi sistem audio premium Bose dengan 8 pembesar suara. Ciri lain termasuk fungsi Smart Key Proximity Unlock untuk akses mudah tanpa kunci serta sokongan tanpa wayar untuk Android Auto dan Apple CarPlay.

Keselesaan pemandu turut ditingkatkan melalui kerusi berkuasa 10 arah dengan pelarasan lumbar serta fungsi memori yang diselaraskan dengan tetapan cermin sisi atau ORVM.

Kabin Seltos juga dilengkapi kerusi hadapan dengan sistem pengudaraan serta bumbung suria panoramik dua panel.

Platform Global K3 dan Keselamatan ADAS Tahap 2

Kia Seltos 2026
Kia Seltos X-Line

Seltos serba baharu ini merupakan model pertama di India yang menggunakan platform global K3 Kia. Seni bina baharu ini meningkatkan ketegaran struktur keselesaan pemanduan serta penebat bunyi yang lebih baik.

Dari aspek keselamatan Kia melengkapi SUV ini dengan 24 ciri keselamatan standard termasuk 6 beg udara, Sistem Brek Anti kunci atau ABS dan Kawalan Bantuan Mula Daki atau HAC.

Selain itu ia dilengkapi sistem ADAS Tahap 2 yang merangkumi 21 ciri autonomi bagi memberikan bantuan pemanduan yang lebih meyakinkan dalam pelbagai keadaan jalan raya.

Kia Seltos 2026
Kia Seltos GT-Line

Rangkaian Kuasa Pasaran India

Kia India menawarkan tiga pilihan enjin utama iaitu petrol aspirasi semula jadi petrol turbo dan diesel.

  • Enjin Smartstream G1.5 Petrol: Menghasilkan kuasa yang lancar untuk pemanduan bandar dipadankan dengan pilihan transmisi manual 6 kelajuan (6MT) atau transmisi boleh laras pintar (IVT).

  • Enjin Smartstream G1.5 T-GDI Petrol Turbo: Enjin prestasi tinggi yang menawarkan kuasa lebih dinamik tersedia dengan pilihan transmisi manual pintar (6iMT) atau transmisi klac berkembar 7 kelajuan (7DCT).

  • Enjin 1.5L CRDi VGT Diesel: Fokus kepada tork tinggi dan penjimatan bahan api untuk perjalanan jarak jauh ditawarkan dengan transmisi manual 6 kelajuan (6MT) atau transmisi automatik 6 kelajuan (6AT).

Info Harga dan Pasaran

Kia Seltos 2026

Harga jualan bagi Kia Seltos serba baharu di India bermula daripada 1,099,000 Rupee (RM47,367) bagi varian asas HTE petrol sehingga 1,999,000 Rupee (RM86,157) bagi varian tertinggi X-Line petrol turbo dan diesel automatik.

Model ini dikilangkan di Anantapur, India. Perlu dinyatakan bahawa harga kenderaan di India secara umumnya adalah rendah dan tidak boleh disamakan dengan pasaran luar.

Perbezaan ini disebabkan oleh dinamika tempatan yang unik seperti kos pengeluaran domestik, struktur cukai, serta polisi automotif negara tersebut yang berbeza dengan duti import dan cukai di pasaran lain.

Untuk makluman, Seltos pernah ditawarkan di pasaran tempatan dan dengan kehadiran pengurusan baharu Kia Sales Malaysia, adakah ia bakal kembali?

Kia Seltos 2026

Spesifikasi Teknikal Kia Seltos India 2026

  • Platform: Global K3
  • Dimensi: Panjang 4,460 mm / Lebar 1,830 mm / Jarak roda 2,690 mm
  • Enjin: Smartstream G1.5 Petrol / Smartstream G1.5 T-GDI Petrol Turbo / 1.5L CRDi VGT Diesel
  • Jenis transmisi: 6MT, 6iMT, IVT, 7DCT, 6AT
  • Paparan: Trinity Panoramic 30 inci
  • Sistem Audio: Bose 8 pembesar suara
  • Rim Aloi: 18 inci
  • Sistem Keselamatan: ADAS Tahap 2 dengan 21 ciri autonomi, 6 beg udara standard

Kia Seltos (Gambar Pelancaran/Korea)

Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos GT-Line
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos STD
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos X-Line
Kia Seltos 2026
Kia Seltos X-Line
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Seltos STD
Kia Seltos 2026
Kia Seltos 2026
Kia Kia Seltos Kia Seltos India
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lepas L4 Sudah Tiba di Malaysia, Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Auto Terkini

Ducati Formula 73, 873 Unit Sahaja, Rai Ulang Tahun Ke-100!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.