• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Rio Sedan - RM73,000

Kia Rio Sedan - RM73,000

November 17, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Kia-Rio-Sedan-Pandulajudotcom-15

NAZA Kia Malaysia mula memperkenalkan Kia Rio versi hatchback pada 2013. Pada masa itu, Naza Kia tidak bercadang membawa masuk versi sedan memandangkan ia kurang mendapat sambutan.

Setelah hampir 3 tahun menunggu dan mungkin diberi 'hidayah', Naza Kia kini memperkenalkan Kia Rio versi sedan yang dijual pada harga RM73,000.

HARGA: (Atas jalan termasuk insurans)

  • Kia Rio Sedan - RM73,000

4 WARNA MENARIK:

  • Clear White (Putih)
  • Bright Silver (Perak)
  • Deep Blue (Biru)
  • Signal Red (Merah)

Kia-Rio-Sedan-Pandulajudotcom-07

PRESTASI:

Aspek mekanikal masih sama iaitu dikuasakan dengan enjin Gamma 1.4L MPI DOHC CVVT yang mampu menghasilkan 107hp pada 6,300rpm dan tork 137Nm (4,200rpm).

Malangnya, ia hanya dilengkapi sistem transmisi 4-kelajuan automatik saja.

Kia-Rio-Sedan-Pandulajudotcom-14

LUARAN:

Dari aspek luaran, rekaan di antara versi hatchback dan sedan adalah hampir sama. Tidak banyak perbezaan melainkan ketiadaan bumbung panoramik pada versi sedan.

Kia-Rio-Sedan-Pandulajudotcom-09    Kia-Rio-Sedan-Pandulajudotcom-10

Kia-Rio-Sedan-Pandulajudotcom-08    Kia-Rio-Sedan-Pandulajudotcom-11

Ia hadir dengan lampu utama LED siang bersama kombinasi lampu LED pada lampu belakang selain gril Tiger Nose.

Kia-Rio-Sedan-Pandulajudotcom-05

DALAMAN:

Pada bahagian dalaman, hampir keseluruhan ruang kabin didominasi padanan warna hitam.

Ruangan papan pemuka ringkas, stereng teleskopik, paparan data pemanduan meter, butang penghidup enjin tanpa kunci, sistem audio dengan enam pembesar suara, Bluetooth dan sambungan USB/Ipod adalah antara ciri yang boleh anda perolehi.

Kia-Rio-Sedan-Pandulajudotcom-06    Kia-Rio-Sedan-Pandulajudotcom-04

KESELAMATAN:

Dari aspek keselamatan, Rio sedan mendapat pengiktirafan lima bintang dari EuroNCAP. Ia hadir dengan enam beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Sokongan Pemula Pendakian (HAC) dan Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM).

Sekiranya anda sudah membuat tempahan, penghantaran akan mula dibuat pada Januari 2016.

Kia-Rio-Sedan-Pandulajudotcom-02SPESIFIKASI:

KIA RIO SEDAN

ENJIN 1.4L Gamma DOHC MPI CVVT
TRANSMISI Automatik 4-kelajuan
KUASA MAKSIMUM [email protected],300rpm
TORK MAKSIMUM [email protected],200rpm
KAPASITI TANGKI 43L
HARGA RM73,000

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia Rio Hatchback, Kia Rio Sedan, Naza Kia Malaysia, Sedan, Segmen B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my