• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Perkenal Transmisi Automatik 8-Kelajuan FWD Baharu, Lebih Pantas dan Ekonomi

Kia Perkenal Transmisi Automatik 8-Kelajuan FWD Baharu, Lebih Pantas dan Ekonomi

September 8, 2016 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter

transmisi-8at-kia-bg
KIA beberapa hari lalu mendedahkan perincian transmisi automatik 8-kelajuan (8AT) pacuan roda depan (FWD) sahaja. Buah tangan terbaru itu dijangka melakukan debut pada sedan saiz-penuh, Kia Cadenza (foto bawah) sebelum disusuli model-model lain tahun hadapan.

Menurut Kia dalam satu kenyataan, transmisi 8AT FWD itu dibangunkan sendiri oleh jurutera Korea dan direka untuk menawarkan kecekapan mekanikal tahap tinggi bersama anjakan gear lancar. Paling penting, transmisi 8AT FWD tersebut menggunakan ruang yang sama seperti diperlukan transmisi automatik 6-kelajuan (6AT) konvensional, manakala berat kurang 3.5kg!

Menggabungkan jumlah gear sama ke dalam kereta FWD nyata mencabar disebabkan kekangan bahagian mekanikal sedia ada yang memerlukan transmisi itu dipasang melintang untuk disesuaikan dengan enjin, transmisi dan komponen sambungan lain di bawah bonet.

kia-cadenza-transmisi-8at

PANTAS DAN CEKAP BAHAN API

Kia sudah memulakan projek transmisi 8AT FWD sejak 2012 dan sudah mendaftar 143 paten teknologi dalam pembangunan tersebut. Bagi memastikan cekap bahan api, jurutera Kia memasang transmisi itu dengan pam minyak terkecil berbanding produk lain yang pernah dikeluarkan dalam kelasnya.

Dengan menggabungkan klac dan gear tambahan, nisbah antara gear tinggi dan rendah dalam transmisi 8AT FWD dapat ditingkatkan sebanyak 34 peratus berbanding 6AT, sekali gus menghasilkan kecekapan bahan api lebih baik dan meningkatkan tahap kesenyapan dalam kabin (NVH) ketika memandu dalam gear tinggi, termasuk memberikan pecutan lebih pantas dan prestasi memberangsangkan ketika menggunakan gear rendah.

Di bawah ini ialah penerangan lengkap mengenai transmisi baharu tersebut yang disiarkan di laman web YouTube milik Kia Motors Worldwide pada 6 September lalu:

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kia, kotak gear 8-kelajuan, Roda4, transmisi automatik 8-kelajuan, transmisi automatik 8-kelajuan FWD

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev