Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Kembali ke Malaysia, Kini Terus dari Korea Selatan!
Auto Terkini

Kia Kembali ke Malaysia, Kini Terus dari Korea Selatan!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam12/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan

JENAMA KIA kembali ke Malaysia secara rasmi melalui penyertaan langsung Kia Corporation, dengan operasi tempatan dikendalikan sepenuhnya Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM).

Langkah itu menandakan permulaan baharu buat Kia selepas bertahun-tahun beroperasi di bawah wakil pengedar. Kini, KSM bersedia membina pengalaman pelanggan lebih kukuh, konsisten dan setara standard global Kia.

Kenapa Pilih Kia?

Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan
Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan

Presiden dan CEO Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim tampil menjelaskan komitmen utama jenama itu;

Di peringkat global, Kia ialah pengeluar automotif ke-9 terbesar dunia. Fokus kami adalah bergerak ke depan secara mampan untuk jangka panjang.

“Matlamat kami bukan sekadar menjadi jenama terpantas berkembang, tetapi jenama yang memberi perhatian kepada pelanggan, pengedar dan industri automotif Malaysia.”

Malaysia: Hab Penting Rantau APAC

Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan
Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan

Pengarah Urusan KSM, Emily Lek berkata, Malaysia kini memainkan peranan lebih strategik dalam rangka kerja Kia;

Ini masa penting untuk kami memulakan langkah kembali ke pasaran Malaysia sebagai entiti tersendiri.

“Jenama ini kini tidak lagi diwakili pengedar, tetapi diterajui syarikat induk yang mengawal sepenuhnya suara, nilai dan wawasan kami.”

Malaysia menjadi lokasi ibu pejabat Kia Asia Pacific (Kia APAC), yang memantau enam subsidiari, termasuk KSM dan unit pengeluaran Kia Malaysia. Kia APAC mengurus operasi di 33 pasaran, merangkumi Asean, Australia dan New Zealand, dengan pegangan pasaran 3.4 peratus dan lebih 165,000 unit jualan sepanjang 2024.

Dengan lebih 100 kakitangan, Kia APAC turut mencipta peluang pekerjaan dan memanfaatkan bakat tempatan, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat operasi penting.

Struktur Baharu KSM

Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan

Bermula 1 Januari 2026, KSM akan mengurus sepenuhnya hal berkaitan:

  • Pemasaran
  • Jualan
  • Pengalaman pemilikan
  • Latihan rangkaian
  • Identiti jenama seluruh Malaysia

Organisasi Jualan Negara turut diperkenalkan, yang diketuai pasukan pengurusan dengan kolektif pengalaman lebih 100 tahun:

  • Hyung Ho Kim – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
  • Emily Lek – Pengarah Urusan
  • Hafiz Zaim – Pengarah Produk dan Perhubungan Kerajaan
  • Victor Chan – Pengurus Besar Jualan
  • Rafhan Saiah – Pengurus Besar Pemilikan
  • Vince Yeoh – Pengurus Besar Pemasaran
  • Phang Chee Wei – Pengurus Besar Saluran

Tiga Tunggak Utama Kebangkitan Semula Kia

Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan
Kia kembali ke Malaysia, terus dari Korea Selatan
  1. Piawaian Operasi Global: KSM akan melaksanakan standard global lebih ketat bagi memastikan kesinambungan kualiti pengalaman pelanggan dari awal hingga akhir
  2. Pembinaan Semula Rangkaian Pengedar: Pendekatan menyeluruh akan digunakan untuk memastikan setiap titik sentuh pelanggan memberi pengalaman Kia sebenar – konsisten, moden dan menyakinkan
  3. Pengukuhan Barisan Produk: KSM akan memilih model yang benar-benar sesuai untuk pasaran Malaysia, menyeimbang permintaan, teknologi dan keperluan pengguna tempatan

‘Movement That Inspires’ – Jiwa Baharu Kia

Kia mahu menyampaikan pengalaman menyeluruh yang mencetus inspirasi, bukan hanya pada kenderaan, tetapi setiap interaksi jenama. ‘Movement’ membawa makna kemajuan dan perubahan, manakala ‘Inspiration’ mencerminkan aspirasi Kia sebagai pemangkin kreativiti dan perkembangan hidup pengguna.

Barisan Model Kia untuk Malaysia

Kia Carnival
Kia EV 9

i. Kia Sportage 2025 (NQ5)

Kenderaan utiliti sukan (SUV) generasi kelima ini hadir dalam empat varian:

  • 2.0L
  • 2.0L High
  • 1.6T High
  • 1.6T High AWD

Varian 2.0L menggunakan enjin 2.0L Smartstream berkuasa 154hp dan tork 192Nm dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Varian 1.6T pula menggunakan enjin turbo Gamma II 1.6L berkuasa 177hp dan tork 265Nm yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7 kelajuan.

ii. Kia Carnival (KA4)

Kenderaan pelbagai guna (MPV) kegemaran ramai ini ditawarkan dalam konfigurasi 7-, 8-, dan 11-kerusi. Dikuasakan enjin turbodiesel 2.2L Smartstream berkuasa 199hp, dan tork 440Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

iii. Kia EV9 GT Line

Ini ialah model kenderaan elektrik (EV) utama Kia untuk Malaysia dengan konfigurasi 6- atau 7-kerusi. EV ini dikuasakan sistem dual-motor pacuan semua roda (AWD) berkuasa 380hp, dan tork 700Nm.

Kapasiti bateri 99.8kWj, manakala jarak pemanduan hingga 505km. Pengecasan pantas (DC) hingga 350kW

Masa Depan Kia di Malaysia

Kim berkata, masa depan Kia sangat meyakinkan di Malaysia;

Kami mahu bergerak dengan kadar yang mampan. Dengan pasukan pakar industri, kami yakin dapat merealisasi matlamat dan merancakkan pasaran Malaysia.”

Maklumat Servis, Sokongan Pelanggan

Sebarang pertanyaan jualan, servis atau bantuan tepi jalan 24 jam, boleh hubungi:

  • Hotline: 1300-88-0133
  • E-mel: customersupport@kia-my.com

Auto Terkini Kia Kia Corporation Kia Malaysia Kia Sales Malaysia (KSM)
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.