Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Grand Carnival Kini Versi CKD – Ciri Dipertingkat, Harga Kekal Sama
Roda4

Kia Grand Carnival Kini Versi CKD – Ciri Dipertingkat, Harga Kekal Sama

Han OthmanBy Han Othman09/01/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Grand Carnival versi pemasangan tempatan (CKD) diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dengan menampilkan tambahan beberapa pengemaskinian terkini tanpa sebarang kenaikan harga. Menurut Naza Kia Malaysia, selaku pengedar rasmi jenama Kia di negara ini, Grand Carnival CKD didatangkan dalam 2 varian: EX dan KX.

Setiap varian dilengkapkan sistem infotainment skrin sentuh bersaiz 8-inci yang siap dengan perisian mobil, Apple CarPlay dan Android Auto. Menerusi dua perisian itu, pengguna kini boleh mengakses pelbagai fungsi telefon pintar secara terus daripada skrin infotainment seperti peta dan navigasi, panggilan, mesej dan muzik.

BACA >>> Apakah Android Auto? Ketahui Fakta Lengkap Tentang Aplikasi Bebas Tangan Memandu Ini

Bagi lebih keselesaan, Grand Carnival CKD turut menyediakan punat Bluetooth pada roda stereng  yang memudahkan pengguna mengaktifkan ciri wayarles itu semudah mengetik jari tanpa perlu mengalihkan tangan dari stereng.

Lagi? Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu juga dibekalkan Cermin Pandang Belakang Kromik Elektro yang akan malap automatik apabila ada lampu kenderaan di belakang tersuluh permukaan cermin. Fungsi ini banyak membantu mengurangkan masalah silau dan ketidakselesaan pemandu ketika memandu malam tanpa perlu kerap melaraskan cermin pandang belakang sepanjang masa.

BACA >>> Kia Grand Carnival Selamat Lancar, Harga Bermula RM153,888

Naik taraf spesifikasi lain termasuk bilah pengelap Aeroblade dan penyaman udara tri-zone bagi varian KX yang pastinya cukup sempurna untuk pemanduan dalam cuaca tropika seperti Malaysia. Berikut harga kedua-dua varian Grand Carnival CKD:

  • Grand Carnival 2.2D KX (CKD) – RM161,191.63 (atas jalan, termasuk GST dan pendaftaran, tanpa insurans).
  • Grand Carnival 2.2D EX (CKD) – RM180,667.99 (atas jalan, termasuk GST dan pendaftaran, tanpa insurans).

Setiap pembelian datang bersama waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had. 

Berminat? Sila kunjungi bilik pameran Kia terdekat seluruh negara hari ini untuk melihat secara live Grand Carnival CKD, termasuk memandu uji MPV 7-8-tempat duduk itu!

GALERI

Auto Terkini Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kia Kia Grand Carnival CKD (2018) minivan MPV Naza Kia Malaysia Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

19/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.