Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia EV6 GT Line versi CBU Tiba di Malaysia, Harga RM300k!
Roda4

Kia EV6 GT Line versi CBU Tiba di Malaysia, Harga RM300k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA EV6 membuat debut global pada 30 Mac 2021, tetapi kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh itu pernah dikesan di Malaysia sejak sebulan lalu di satu acara kejohanan golf di Glenmarie, Selangor.

Pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors sebentar tadi mengumumkan pembukaan tempahan untuk kenderaan elektrik (EV) itu pada harga RM300,668, tanpa insurans.

Kia EV6 serba baharu itu ialah model import penuh (CBU) dari Korea Selatan dan ditawarkan dalam lima warna pilihan menarik. Berikut perincian SUV EV tersebut:

WARNA

Ada lima pilihan warna disediakan:

  • Snow White Pearl
  • Aurora Black Pearl
  • Runway Red
  • Yacht Blue
  • Moonscape

TRENKUASA

  • EV6 ialah model kenderaan berasaskan kuasa bateri sepenuhnya (BEV) dan dibangunkan menggunakan Platform Modular Elektrik Global (E-GMP).
  • Menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan bantuan dua unit motor, dan setiap satu dipasangkan pada gandar depan serta belakang.
  • Pek bateri voltan tinggi berkapasiti 77.4kWh mampu memberikan jarak pemanduan setiap cas penuh hingga 506km.
  • Kelajuan maksimum 185kmj, manakala pecutan 0-100kmj mengambil masa 5.2 saat.
  • Transmisi jenis e-Shift. Output kuasa dan tork terbahagi kepada dua seperti berikut:
    • Roda depan: Kuasa 99hp @ 2,800-6,300rpm, tork 255Nm @ 2,800-6,300rpm
    • Roda belakang: Kuasa 221hp @ 4,500-7,700rpm, tork 350Nm @ 4,500rpm-7,700rpm
    • Kombinasi output: Kuasa 320hp, tork 605Nm

REKABENTUK

  • EV6 ialah BEV generasi baharu Kia yang dihasilkan berasaskan falsafah ‘Opposite United’, menandakan peralihan kepada elektrifikasi.
  • Rekabentuk moden dengan binaan kemas berserta lampu siang (DRL) Wajah Harimau Digital (Digital Tiger Face) dan corak lampu sekuen dinamik yang menyerlahkan Gril Hidung Harimau (Tiger Nose Grille).
  • Gaya sisi mengetengahkan profil crossover yang soilid dengan garis badan tajam dan perincian berteknologi tinggi serta elemen aerodinamik yang dititikberatkan.
  • Cermin depan lebih landai, gaya belakang minimalis dan garisan karakter dari bawah pintu hingga gerbang roda belakang.
  • Ada spoiler bumbung untuk menyalurkan aliran udara ke bawah, sekali gus menambah baik kesan seretan angin.
  • Rim aloi 20 inci x 8J dengan tayar 255/45.
  • Dimensi panjang 4,695mm, lebar 1,890mm, dan tinggi 1,550mm, manakala jarak roda 2,900mm dan jarak lega bumi 160mm. Berat kasar 2,105kg.
  • Kapasiti but 520 liter dan boleh ditambah kepada 1,300 liter dengan merebahkan tempat duduk barisan kedua.

Masa Pengecasan

Ada dua kaedah pengecasan sama ada AC Type 2 (biasa) dan DC CCS2 (pengecasan pantas):

Pengecas AC
  • 230V/12A – 32 jam 45 minit (10-100 peratus)
  • 11kW – 7 jam 20 minit (10-100 peratus)
Pengecas DC
  • 50kW – 73 minit (10-80 peratus)
  • 350kW – 18 minit (10-80 peratus)
V2L
  • Dilengkapi sistem Kawalan Unit Integrasi Pengesan (ICCU) dengan fungsi vehicle-to-load (V2L).
  • Membolehkan nyah cas tenaga daripada pek bateri. V2L menawarkan bekalan kuasa hingga 3.6kWh untuk kegunaan perkakas elektrik lain.

Kabin

  • Ada lima tempat duduk dengan kerusi barisan depan boleh laras elektrik. Kerusi belakang boleh direbahkan dalam nisbah 60:40.
  • Ada fungsi pemanas untuk kerusi dan stereng.
  • Kerusi hitam-putih dibalut material sued dan aksen kulit tiruan.
  • Unit infotainmen berteknologi tinggi 12.3 inci jenis lekuk dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, termasuk ciri pengecas wayarles dan multi-Bluetooth.
  • Dilengkapi 14 unit pembesar suara Meridian yang ditala pakar di Meridian.
  • Rekabentuk papan pemuka melandai arah depan menghasilkan efek ambien ruang dan luas untuk penumpang depan.
  • Kerusi moden ringan menggunakan balutan fabrik yang dihasilkan daripada material plastik kitar semula.
  • Kapasiti ruang but 520 liter. EV6 juga memiliki ruang simpanan 20 liter bawah bonet.

KESELAMATAN

EV6 didatangkan dengan pakej perlindungan komprehensif dan teknologi keselamatan standard seperti:

  • 7 beg udara SRS (pemandu dan penumpang depan, lutut pemandu, sisi dan tirai)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Bantuan Keluar Selamat (SEA)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Oautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC)

Teknologi Keselamatan Termaju pula terdiri daripada:

  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA)
  • Bantuan Cegah Perlanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA)
  • Pemantau Pandangan Titik Buta (BVM)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
  • Bantuan Cegah Perlanggaran Depan (FCA) dengan Belokan Susur
  • Bantuan Susur Lorong (LFA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC)
  • Pemantau Pandangan Keliling (SVM)
  • Bantuan Parkir Pintar Kawalan Jauh (RSPA)

JAMINAN

  • Kia EV6 didatangkan dengan waranti pengilang 5 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu).
  • Jaminan bateri hingga 7 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu).
Dinamikjaya Motors KIA EV6 (2022) Kia Malaysia Platform Modular Elektrik Global (E-GMP) Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.