• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Catat Jualan Global 2025 Lebih 3.1 Juta Unit, Sportage Paling Laris!

Kia Catat Jualan Global 2025 Lebih 3.1 Juta Unit, Sportage Paling Laris!

January 5, 2026 By Abang Hirata Leave a Comment

12
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Alat ganti Kia turun purata 15 peratus

DI SEBALIK ketidaktentuan pasaran dan kesan tarif, Kia mencatatkan pencapaian penting apabila merekodkan jualan tahunan tertinggi dalam sejarah pengeluar itu sejak mula menjual kenderaan pada 1962.

Sepanjang 2025, Kia menjual 3,135,803 unit kenderaan seluruh dunia, meningkat 2 peratus berbanding 2024 (jualan borong).

Prestasi itu dipacu pertumbuhan jualan di pasaran luar Korea dan permintaan kukuh terhadap barisan SUV dan model elektrifikasi.

Seiring pencapaian tersebut, Kia turut mengumumkan sasaran jualan global 3.35 juta unit bagi 2026, selari perancangan untuk memperluas barisan hibrid, meningkatkan pengeluaran EV dan memperkukuh kehadiran global.

Pecahan Jualan Global 2025

  • Korea Selatan: 545,776 unit (naik 1 peratus tahun ke tahun)
  • Luar Korea: 2,584,238 unit (naik 2 peratus tahun ke tahun)
  • Kenderaan khas (Special Purpose Vehicles, SPV): 5,789 unit
  • Jumlah keseluruhan: 3,135,803 unit

Sebagai perbandingan, rekod jualan tahunan 2024 ialah 3,089,300 unit.

Model Paling Laris Global

Kenderaan utiliti sukan (SUV) kekal sebagai 'hero' jualan Kia seluruh dunia pada 2025:

  • Kia Sportage: 569,688 unit
  • Kia Seltos: 299,766 unit
  • Kia Sorento: 264,673 unit

Daripada tiga model tersebut, pengguna tempatan boleh memiliki Sportage pada harga lebih murah apabila pengedar baharu, Kia Sales Malaysia menawarkannya pada harga serendah RM129,000.

Secara keseluruhan, harga baharu menyaksikan penurunan dari RM7,500 sehingga RM17,000r, bergantung varian.

Prestasi Pasaran Korea

Di pasaran domestik, Kia mencatatkan jualan 545,776 unit, meningkat 1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

  • Model paling laris: Kia Sorento - 100,002 unit. Ini kali pertama Sorento melepasi paras 100,000 unit sejak diperkenalkan pada 2002.
  • Model lain dengan jualan tinggi: Carnival - 78,218 unit, Sportage - 74,517 unit

Pecahan mengikut kategori

Model penumpang: 139,394 unit

  • Ray: 48,654 unit
  • K5: 36,598 unit
  • K8: 28,154 unit

Model RV (SUV/MPV): 365,105 unit

  • Seltos: 55,917 unit
  • EV3: 21,212 unit
  • Niro: 13,600 unit

Model komersial: 41,277 unit

  • Bongo III: 36,030 unit

Prestasi Pasaran Luar Korea

Jualan luar Korea terus menjadi penyumbang terbesar kepada prestasi global Kia:

  • Jumlah jualan luar Korea: 2,584,238 unit
  • Model paling laris:
    • Sportage: 495,171 unit
    • Seltos: 243,849 unit
    • K3 (termasuk K4): 218,349 unit

Jualan Kenderaan Khas (SPV)

  • Jumlah SPV: 5,789 unit
    • Korea: 2,429 unit
    • Luar Korea: 3,360 unit

Strategi, Sasaran 2026

Walaupun berdepan persekitaran industri mencabar termasuk kesan tarif, Kia mengekalkan momentum pertumbuhan melalui strategi khusus mengikut pasaran:

  • Pengembangan barisan hibrid (HEV) di Amerika Syarikat
  • Pengukuhan kedudukan EV volum tinggi di Eropah
  • Peningkatan pengeluaran dan kestabilan rantaian bekalan global
Kia PV5 Cargo

Untuk 2026, Kia menyasarkan jualan global 3.35 juta unit, meliputi 565,000 unit di Korea, 2,775,000 unit di pasaran luar Korea dan 10,000 unit kenderaan khas.

Bagi menyokong sasaran tersebut, Kia merancang meluaskan jualan dan pengeluaran EV, operasi penuh kilang PBV serta pengukuhan barisan HEV bagi SUV utama seperti Telluride dan Seltos.

Related

12
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jualan Kia 2025, Kia, Kia Sales Malaysia (KSM), Kia Sportage

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my