Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Khairul Raih Dua Podium Di Barcelona
Roda2

Khairul Raih Dua Podium Di Barcelona

admin.pandulajuBy admin.pandulaju23/06/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

Khairul Idham finished second in Race 1 of the Moto3 class at CatalunyaKHAIRUL Idham Pawi mencipta kegemilangan dalam saingan Kejuaraan Moto3 Junior Dunia apabila pelumba Honda Team Asia itu berjaya melakar dua podium di saingan pusingan ketiga Kejuaraan CEV Repsol FIM di Litar Catalunya.

Khairul yang bermula dari barisan depan mempamerkan aksi terbaik apabila berjaya memberi saingan di kelompok hadapan sepanjang Perlumbaan 1 dan 2 sebelum berjaya menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan kedua dengan masa 30’03.480s setelah bersaing sengit bersama juara, Aron Canet.

Khairul Idham 98 leading the Moto3 race at CatalunyaBekas juara Asia Dream Cup itu sekali lagi beraksi cemerlang pada Perlumbaan 2 apabila saling bertukar kedudukan pendahulu sebelum masalah jentera pada penghujung perlumbaan.

Khairul terpaksa beraksi lebih selamat untuk menamatkan 16 pusingan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa 30’08.601s di belakang juara, Joan Mir dan naib juara, Canet, masing-masing dengan masa 30’07.546s and 30’07.618s.

Moto3 race at CatalunyaMeskipun sedikit kecewa dengan aksi perlumbaan kedua, pelumba berusia 16 tahun yang turut beraksi bersama pasukan Kozi Yam Honda Racing dalam kelas CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS itu kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 63 mata, sekadar 23 mata di belakang pendahulu, Canet.

Pusingan 4 Kejuaraan Moto3 Junior Dunia akan berlangsung di Litar Motorland Aragon (Sepanyol) pada 5 Julai ini.

KEPUTUSAN

Perlumbaan 1

1.Aron Canet (ESP) 30’03.397s

2.Khairul Idham Pawi (MAS) 30’03.480s

3.Nicola Bulega (ITA) 30’05.162s

Perlumbaan 2

1.Joan Mir (ESP) 30’07.546s

2.Aron Canet (ESP) 30’07.618s

3.Khairul Idham Pawi (MAS) 30’08.601s

Kedudukan Keseluruhan

1.Aron Canet (ESP) 90 mata

2.Khairul Idham Pawi (MAS) 63 mata

3.Nicola Bulega (ITA) 55 mata

Honda Team Asia Kejuaraan CEV Repsol FIM KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2015 Kejuaraan Moto3 Junior Dunia Khairul Idham Pawi Podium
admin.pandulaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.