Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hampir 20k Lori Kemalangan 6 Bulan Pertama 2022, JPJ dan SPRM Mahu Gempur Puspakom!
Auto Terkini

Hampir 20k Lori Kemalangan 6 Bulan Pertama 2022, JPJ dan SPRM Mahu Gempur Puspakom!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, ada 19,888 lori terlibat kemalangan sepanjang enam bulan pertama tahun ini?

Jadi bag imengurangkan risiko kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal melaksanakan Ops Puspakom (Ops Khas Roadworthiness Kenderaan Perdagangan) secara mengejut di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seluruh negara.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim menyatakan sudah meminta pasukannya membuat pemeriksaan di Puspakom Wangsa Maju, termasuk akan ‘melawat’ pusat Puspakom lain.

Menurutnya;

Kita tidak akan maklumkan terlebih dulu bila akan masuk bersama SPRM ke Puspakom untuk buat pemeriksaan.

“Ini menunjukkan komitmen tinggi kita untuk memastikan kenderaan yang melalui proses pemeriksaan di Puspakom apabila keluar dalam keadaan status cukup bersedia digunakan tanpa memberi sebarang ancaman keselamatan dari segi mekanikal dan teknikal tidak lengkap.”

Malah, pasukan Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ seluruh negara (ibu pejabat dan negeri) turut akan membuat pemeriksaan di Puspakom sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Zailani menjelaskan lagi;

Ia bagi melihat aspek pemeriksaan kenderaan dibuat dengan lancar dan mengikut peraturan tatacara sebenar serta sepatutnya.

“Pihak Puspakom diminta melaksanakan operasi dalaman secara lebih kerap dan mereka ada audit dengan tatacara sendiri serta diperhatikan pasukan kejuruteraan automotif JPJ.”

Kakitangan JPJ akan menyemak semula pemeriksaan untuk item membabitkan keselamatan tinggi seperti tayar, brek dan lain-lain.

JPJ turut mengadakan Ops Khas Roadworthiness Kenderaan Perdagangan di Puspakom Wangsa Maju melibatkan 256 kenderaan diperiksa dan 140 daripadanya diambil tindakan untuk pemeriksaan semula, manakala 73 saman dikeluarkan.

Dalam operasi semalam juga turut melibatkan ujian saringan air kencing ke atas 12 pemandu yang mana tiga daripadanya positif dadah.

STATISTIK KEMALANGAN KENDERAAN BERAT

  • Setakat Januari-Jun 2022, 19,888 lori direkodkan terlibat kemalangan jalan raya seluruh negara, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Jumlah itu menunjukkan peningkatan 28 peratus berbanding tempoh sama 2021 (15,487 lori).
  • Ada kemalangan berpunca daripada masalah teknikal seperti kegagalan sistem brek.
  • Statistik membabitkan kenderaan berat jenis lori rigid dan kenderaan bersendi.

AMARAN KEPADA PEMILIK, PENGUSAHA SYARIKAT LORI

  • JPJ mengingatkan semua pengusaha pengangkutan dan pemandu kenderaan, terutama kenderaan perdagangan supaya sentiasa patuh semua peraturan jalan raya ditetapkan, termasuk membuat pemeriksaan berkala di Puspakom.
  • JPJ tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan, terutama kegagalan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan harian seperti digariskan dalam Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).
  • Jika gagal patuh, tindakan sita akan diambil di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Ops Khas Roadworthiness Kenderaan Perdagangan
  • Fokus kepada penilaian standard dan tahap pematuhan pemeriksaan di Puspakom berhubung kualiti
    penyelenggaraan teknikal kenderaan perdagangan.
  • Tujuannya, memastikan kenderaan yang lulus pemeriksaan mencapai jaminan keselamatan tinggi untuk keselamatan semua pengguna jalan raya.
  • Meningkatkan literasi kepentingan penyelenggaran berkala yang selamat, iaitu sebelum, semasa dan selepas operasi syarikat secara harian.

BACA >>> Treler Tak Sempat Brek Punca Kemalangan 11 Kenderaan di Shah Alam
BACA >>> Brek Treler Masalah Punca 8 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil
BACA >>> Treler Terbabas Selepas Terowong Menora, Laluan Selatan Terhalang, Trafik Sesak 5km!
BACA >>> Video Treler Hilang Kawalan, Rempuh Pemandu Camry Warga Emas
BACA >>> Enjin Rosak ketika Daki, Treler Terundur Hingga Rempuh Rumah, Pemandu Pula Positif Dadah
BACA >>> Nahas 7 Kenderaan di PLUS, Pemandu Treler Ada 13 Rekod Kesalahan Trafik

SUMBER: Sinar Harian | Berita Harian | JPJ

Datuk Zailani Hashim Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kejuruteraan Automotif JPJ Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Puspakom Wangsa Maju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.