• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Memandu Lawan Arus di UK Semakin Meningkat, Alkohol dan GPS Jadi Punca

Kes Memandu Lawan Arus di UK Semakin Meningkat, Alkohol dan GPS Jadi Punca

August 22, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


STATISTIK Lebuhraya Nasional di Britain menunjukkan pemandu melawan arus di lebuh raya tempatan semakin meningkat yang mana alkohol dan teknologi menjadi antara punca insiden berkenaan.

Laporan mendedahkan peningkatan 13 peratus sepanjang 12 bulan terakhir, sekali gus menjadikan kes pemandu melawan arus di lebuh raya Britain meningkat kepada 872 kes dalam tempoh 12 bulan sebelum Jun 2023.

Dibandingkan tempoh sama tahun lalu, statistik menunjukkan peningkatan 102 kes.

Justeru beberapa kumpulan permotoran di Britain menyeru London memastikan pengguna jalan raya tidak tersilap anggap memandu melawan arus itusebagai laluan susur masuk atau keluar.

Selain itu, sikap terlalu bergantung kepada peranti navigasi dan memandu bawah pengaruh alkohol juga menjadi antara punca yang menyebabkan insiden berkenaan.

Di Malaysia pula, 1,627 kes memandu lawan arus direkodkan antara 2019 dan November 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mat Kasim Karim pernah berkata, daripada jumlah itu, kes paling tinggi dilaporkan pada 2020, iaitu 678 kes, disusuli 2019 (564 kes) dan 385 kes sepanjang Januari hingga November 2021.

BACA >>> Kes Ducati Jatuh Jejambat SUKE, Mahkamah Arah Mat Motor Lawan Arus Jalani Rawatan Psikiatri
BACA >>> Lawan Arus Sebab Sesat Nak Balik Rumah, Suspek Serah Diri

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Lawan Arah, lawan arus, memandu lawan arus, Memandu Mabuk, pemandu uk, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev