Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kes Bawa Helikopter Rentas Negeri Beli ‘Nasi Ganja’, Juruterbang Mengaku Tidak Bersalah
Auto Terkini

Kes Bawa Helikopter Rentas Negeri Beli ‘Nasi Ganja’, Juruterbang Mengaku Tidak Bersalah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pengarah urusan berpangkat Datuk yang mendaratkan sebuah helikopter di Padang Ipoh untuk mengambil kiriman 36 bungkusan nasi ganja, Julai lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan melanggar kaedah penerbangan awam.

Bagaimanapun, Datuk Mohamed Raffe K Chekku, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

BACA >>> Naik Helikopter dari KL ke Ipoh untuk Ambil 36 Bungkus Nasi Ganja
BACA >>> Helikopter Rentas Negeri Ada Surat Kebenaran, Tapi Bukan untuk Ambil Nasi Ganja

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamed Raffe didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Udara seperti yang ditentukan Ketua Pengarah Penerbangan Awam dalam ‘Civil Aviation Directive 2 – Rules of the Air’ bawah Chapter 3 dengan tidak mematuhi ‘Flight Plan’ dikemukakan.

Mohamed Raffe didakwa membuat pendaratan pesawat jenis Bell 505 nombor pendaftaran 9M-RCI di Padang Ipoh, satu lokasi berbeza daripada Aerodrome yang dinyatakan dalam Flight Plan. Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 9.50 pagi hingga 10 pagi pada 23 Julai 2021.

Kesalahan itu dibaca di bawah Peraturan 77(2) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 206 (3) (a) bawah peraturan sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Sharmila Jesudason, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Dr Baljit Singh Sidhu. Jesseca membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

SUMBER: MalayMail | Bernama

Bell 505 Civil Aviation Directive 2 - Rules of the Air Datuk Mohamed Raffe K. Chekku Helikopter Nasi Ganja Jesseca Daimis
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.