• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Tesla Kini 43% Lebih Murah di China Berbanding AS, Harga Mula RM144k

Kereta Tesla Kini 43% Lebih Murah di China Berbanding AS, Harga Mula RM144k

January 25, 2023 By Sharil Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TESLA mengumumkan potongan harga untuk Model 3 dan Model Y di pasaran China, termasuk sambil memperkenalkan sedan Model S dan Model X yang lebih berharga kayangan.

Harga permulaan kenderaan utiliti sukan (SUV), Tesla Model Y yang dipasang secara tempatan (CKD) diturunkan kepada 259,900 yuan (RM163,430) daripada 288,900 yuan (RM181,69).

BACA >>> Indonesia Jadi Lokasi Kilang Baharu Tesla di Asean untuk Hasilkan 1 Juta Kereta Elektrik?

Itulah rekod terendah Tesla untuk pasaran China, iaitu 43 peratus lebih murah daripada harga mula AS$65,900 (RM280,960) yang disenaraikan di laman web Tesla AS.

Tesla Model 3 kini berharga 229,900 yuan (RM144,585) daripada 265,900 yuan (RM167,210), iaitu kira-kira 30 peratus lebih murah daripada produk Tesla AS.

Tesla sudahpun mengurangkan harga di China tahun lalu dalam usaha meningkatkan jualan berikutan saingan kuat dalam segmen massa dan premium kenderaan elektrik (EV) dengan mendapat cabaran daripada pengeluar EV tempatan seperti BYD Co, Xpeng Inc dan Nio Inc, termasuk pengeluar antarabangsa lain Porsche AG serta Mercedes Benz Group AG yang turut fokus pada jualan.

Tesla Model S diperkenalkan dengan rekabentuk dalaman diperbaharu pada harga 789,900 yuan (RM496,420) di China, manakala varian Plaid menjadi kereta terpantas Tesla dengan masa 2.1 saat untuk pecutam 0-100kmj dijual pada 1.01 juta yuan (RM634,750).

SUV Tesla Model X berharga 879,900 yuan (RM552,985), manakala varian Plaid bermula 1.04 juta yuan (RM653,600). Penghantaran dijadualkan bermula suku kedua ini.

Tesla menghantar lebih 710,000 kenderaan dari Shanghai pada 2022, mewakili kira-kira 54 peratus daripada jualannya di seluruh dunia.

Baru-baru ini, Tesla mengumumkan bahawa penghantaran global lebih rendah daripada jangkaan untuk suku ketiga berturut-turut, menyebabkan kemerosotan 12 peratus dalam harga sahamnya.

BACA >>> Indonesia Jadi Lokasi Kilang Baharu Tesla di Asean untuk Hasilkan 1 Juta Kereta Elektrik?
BACA >>> BYD Pintas Tesla Sebagai Pengeluar EV Terbesar Dunia 2022

SUMBER: Bangkok Post

Artikel Berkaitan

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: AS, China, Tesla, Tesla Model 3, Tesla Model S, Tesla Model X, Tesla Model X Plaid, Tesla Model Y

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my