Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Audi RS Q e-Tron – Jentera Lumba Elektrik yang Dibikin untuk Rali Dakar
Bikin Auto

Audi RS Q e-Tron – Jentera Lumba Elektrik yang Dibikin untuk Rali Dakar

Abang HirataBy Abang Hirata04/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA lumba ialah platform untuk pengeluar automotif melakukan pelbagai ujian dan pembangunan. Banyak teknologi perlumbaan dipindahkan atau dipopularkan jentera lumba untuk digunakan pada kereta harian. Antaranya pengecas turbo, sistem pacuan semua roda (AWD), gentian karbon dan kit aerodinamik seperti spoiler dan sebagainya.

Bagaimanakah pula era elektrifikasi sekarang?

Pun sama kerana teknologi bateri dan simpanan tenaga memainkan peranan penting selain keselamatan sistem elektrik itu sendiri. Persoalan dan kerisauan pengguna mengenai keupayaan kereta elektrik meredah banjir memang ada asasnya dan perlu dibuktikan pengeluar.

Inilah cuba dilakukan Audi baru-baru ini dengan mendedahkan kereta lumba elektrik, RS Q e-tron.

RS Q e-tron ialah jenteraa lumba off-road yang dibangunkan untuk kejuaraan Rali Dakar, iaitu perlumbaan lasak di padang pasir yang mengambil masa berhari-hari dan sangat mencabar. Sebelum Audi memperkenalkan RS Q e-tron kepada umum pada Julai lalu, bahagian kejuruteraan perlumbaan pengeluar itu sudah sedia terlibat secara intensif dalam Rali Dakar.

Membangunkan kereta lumba elektrik bukan mudah, terutama sekali untuk perlumbaan off-road kerana banyak aspek perlu diberi perhatian.

RS Q E-Tron yang tampil seperti pesawat makhluk asing itu dijana enjin TFSI dan bateri 50kWh berserta dua motor elektrik pada setiap gandar. Enjin daripada model DTM itu berfungsi sebagai generator, manakala motor elektrik diambil daripada jentera lumba Formula E.

CIRI KERETA LUMBA AUDI RS Q e-TRON
Casis dan Perlindungan Pemandu

  • Menggunakan struktur asas galas beban (load bearing/sama menanggung beban) jenis frem tiub (tube frame).
  • Peraturan perlumbaan mewajibkan struktur kenderaan dibuat daripada bahan metalik (keluli, titanium, aluminium dan sebagainya).
  • Audi menggunakan keluli aloi yang dipanas sejukkan (quenched and tempered) dengan bahan daripada industri aeroangkasa iaitu CrMoV (kromium, molibdenum dan vanadium).
  • Frem tiub itu mengikut peraturan geometri seperti digariskan dan memenuhi ujian tekanan statik disyaratkan.
  • Pemandu turut dilindungi dengan panel plastik gentian karbon diperluan (CFRP, carbon fibre-reinforced plastic) pada bahagian ruang atau bukaan antara rangka kenderaan.
  • Pada bahagian tertentu, komponen itu dipasangkan bahan tahan koyak Zylon yang dapat menghalang tusukan objek tajam dan asing dari luar.
  • Rekaan struktur kereta menggunakan pengetahuan daripada pelbagai perlumbaan.
  • Frem tiub DTM, casis kepingan keluli daripada rallycross, manakala monokok CFRP daripada kereta LMP, kereta lumba DTM dan Formula E.
  • Frem kokpit daripada CFRP dengan rekaan sama seperti jentera lumba DTM dan LMP.
  • Busa (foam) dan kusyen kerusi jenis serap impak atau hentakan.
Badan dan Komponen Kereta

  • Beberapa komponen badan dibuat daripada CFRP, Kevlar atau binaan komposit dan ada yang menggunakan struktur dalaman jenis sarang lebah.
  • Cermin depan jenis kaca lamina dipanaskan (heated laminated glass) daripada Audi A4.
  • Cermin sisi daripada polikarbonat.
Sistem Elektrik dan Perlindungan Bawah Kereta

  • Komponen elektrik voltan tinggi memerlukan pelbagai lapisan perlindungan.
  • Bateri dipasang di tengah dengan struktur CFRP dan beberapa bahagian diperkuat dengan Zylon.
  • Perlindungan bawah kereta sangat rumit. Perlumbaan off-road perlu berdepan pelbagai cabaran seperti melompat tinggi, meredah laluan berbatu dan mendaki.
  • Bahagian bawah dipasangkan plat aluminium yang mampu menahan objek keras dan separa serapan impak.
  • Busa atas plat menyerap tenaga dan menyebarkan impak pada struktur jenis lapisan sandwic di atas.
  • Struktur ketiga itu melindungi bateri voltan tinggi dan tangki minyak.
  • Struktur CFRP jenis sandwic itu berfungsi dengan dua tugas utama iaitu menyerap beban permukaan dan mengagih tenaga apabila beban permukaan melebihi had.
  • Apabila berlaku kerosakan teruk, komponen tersebut boleh diganti dengan mudah dalam tempoh sela perlumbaan.
  • Secara keseluruhan, perlindungan bawah setebal 54mm.
Sistem Perlindungan Elektrik

  • Monitor ISO digunakan daripada LMP dan Formula E mengesan arus elektrik merbahaya.
  • Apabila berlanggar, sistem akan dipadamkan automatik.
  • Lampu kawalan pada badan kereta dan bunyi akustik dihidupkan sebagai amaran kepada orang sekeliling.
  • Sistem elektrik turut dilindungi dengan penebat khas apabila merentasi sungai. Sistem pemadam dalaman kereta yang mengandungi bahan khusus untuk elektrik melindungi pelumba ketika kecemasan.
  • Semua ahli pasukan menjalani latihan voltan tinggi termasuk pasukan penyelamat penganjur.

BACA >>> Audi A6 E-Tron Concept – Kereta Elektrik Masa Depan dengan Warna Elak Panas

Peraturan dan Peranti daripada Penganjur
  • Pelumba boleh membuat panggilan kecemasan melalui sistem pengesanan keselamatan dan suis SOS.
  • Perakam data kemalangan merekodkan pelbagai maklumat untuk analisis.
  • Kamera pengawasan dalam kokpit.
  • Sistem Sentinel untuk membantu memintas pelumba lain dengan selamat. Sistem akan memberi amaran jika ada pelumba berhampiran dan ciri ini sangat berguna dalam perlumbaan di kawasan berpasir dan berdebu.
  • Had kelajuan kategori T1 170kmj sahaja.

Jentera hebat Audi ini dikemudi pemandu dan jurupandu arah, Stéphane Peterhansel, Carlos Sainz,  Mattias Ekström, Edouard Boulanger, Lucas Cruz dan Emil Bergqvist.

Apa boleh dipelajari daripada pendekatan Audi dalam membangunkan RS Q e-tron ialah sistem keselamatan sangat penting, tambahan pula jentera elektrifikasi sebegitu masih sangat baharu.

Jika kereta lumba konvensional menggunakan bahan bakar, kereta lumba elektrik terdedah kepada arus elektrik voltan tinggi. Namun, manfaatnya bukan setakat pada kereta lumba, tetapi juga kepada pengguna apabila pengetahuan dipelajari di trek dipindahkan kepada kereta jalanan.

BACA >>> Audi RS3 Saloon – Kompak Terpantas di Nürburgring! Lebih Laju daripada A45 S 4Matic+
BACA >>> Audi RS6 Avant – Definisi Sebenar Wagon Prestasi Tinggi (598hp, 800Nm)!

Audi Audi RS Q e-tron kereta lumba Kereta Lumba Elektrik Rali Dakar Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.