• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerana Axia, Prestasi Jualan Perodua Naik 14.8 Peratus Pada Suku Pertama 2015

Kerana Axia, Prestasi Jualan Perodua Naik 14.8 Peratus Pada Suku Pertama 2015

July 11, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Datuk Aminar Rashid - PeroduaPERODUA optimis mampu mencapai sasaran jualan sebanyak 208,000 unit menjelang akhir 2015 bersandarkan prestasi cemerlang enam bulan pertamanya.

Jualan enam bulan pertama 2015 menyaksikan peningkatan sebanyak 14.8 peratus kepada 108,500 unit kenderaan berbanding 94,500 bagi tempoh yang sama 2014.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, peningkatan itu disumbang oleh Perodua Axia yang menguasai hampir 50 peratus dengan mencatatkan jualan 53,700 unit.

" Biarpun berlaku penurunan susulan pelaksanaan GST pada April lalu, saya yakin Perodua mampu mencapai sasaran jualan berdasarkan permintaan kukuh terhadap Perodua Axia," katanya.

P1230446Dalam pada itu, pendapatan daripada servis meningkat sebanyak 7.6 peratus kepada RM292.6 juta berbanding RM271.8 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Manakala perolehan bagi alat ganti pula sedikit menurun iaitu sebanyak 2.7 peratus akibat masalah bekalan dalaman.

Walau bagaimana, Aminar yakin perolehan ini akan meningkat semula dan berusaha memberikan perkhidmatan selepas jualan lebih baik buat pelanggannya.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alat ganti Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, GST, Jualan Perodua Naik, Perodua Axia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my