Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Salur Peruntukan RM100,000 kepada Peserta Program RXZ Members 7.0
Auto Terkini

Kerajaan Salur Peruntukan RM100,000 kepada Peserta Program RXZ Members 7.0

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PMX sumbang RM100,000 untuk program RX-Z Members 7.0

KERAJAAN menyalurkan peruntukan awal RM100,000 kepada peserta Program RXZ Members 7.0 2025 sebagai bukti komitmen dan sokongan penuh terhadap penganjuran acara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI mengiktiraf peranan dan sumbangan komuniti permotoran sebagai pemangkin semangat kebersamaan, pengukuh silaturahim, dan penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi setempat melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi.

Platform Utama Komuniti Permotoran

PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar berkata, program ini akan menjadi platform utama menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara, sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi.

Selaras tekad Kerajaan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat, aspek keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan.

”Justeru, saya menyeru semua peserta dan penganjur supaya mematuhi peraturan jalan raya, mengamalkan sikap bertanggungjawab, serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa demi menjamin kelancaran dan keselamatan sepanjang acara berlangsung,” katanya.

Penekanan Aspek Keselamatan

Program RX-Z Members

Anwar turut memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah diarahkan memberikan bantuan dan kawalan sewajarnya bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang program berlangsung.

Acara di Terengganu

Program RX-Z Members 7.0

Program RXZ Members 7.0 dijadual berlangsung Sabtu ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu. Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengajak semua peserta mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kebanggaan dan kecintaan terhadap tanah air.

Semangat Perpaduan dan Patriotisme

Semoga program ini bukan saja menjadi wadah permotoran yang positif, tetapi juga medan memperkukuh perpaduan nasional dan semangat patriotisme rakyat Malaysia.

“Kerajaan MADANI akan terus menyokong inisiatif masyarakat yang membawa manfaat bersama, memperkukuh perpaduan, serta membina budaya permotoran yang positif, selamat, dan berdaya maju demi kemakmuran negara,” kata Anwar.

Selain sumbangan berbentuk kewangan, beliau turut memaklumkan perbincangan lanjut mengenai keperluan seterusnya akan diadakan bersama pihak penganjur pada minggu depan.

Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0
Program RX-Z Members 7.0

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini himpunan rxz member Program RXZ Members 7.0 2025 rxz member 7.0
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.