• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perak Minta Air Asia Pertimbang Semula Keputusan Henti Penerbangan Ipoh-Singapura

Perak Minta Air Asia Pertimbang Semula Keputusan Henti Penerbangan Ipoh-Singapura

March 13, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

KERAJAAN Perak meminta Air Asia menimbang semula keputusan menghentikan penerbangan laluan Ipoh-Singapura yang akan berkuat kuasa 25 April ini.

Exco Pelancongan, Loh Sze Yee berharap penggantungan itu hanya sementara untuk penyesuaian strategi syarikat bagi destinasi baru. Beliau berkata, penamatan penerbangan tersebut akan memberi kesan negatif terhadap sektor pelancongan dan industri negeri.

Loh turut menegaskan Kerajaan Negeri sentiasa menyokong pengoperasian penerbangan domestik dan antarabangsa, termasuk kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).

Terdahulu, Air Asia mengumumkan menggantung 17 perkhidmatan, termasuk laluan Ipoh-Singapura untuk menyelaras operasi syarikat itu.

Kerajaan Negeri tidak dimaklumkan lebih awal mengenai keputusan tersebut, dan berdasarkan data, laluan Ipoh-Singapura sebelum ini mendapat sambutan baik.

Loh berharap Air Asia dapat menyambung semula operasi penerbangan tersebut demi kemajuan sektor pengangkutan udara di Perak.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Air Asia, AirAsia, Auto Terkini, kerajaan perak, Laluan Ipoh-Singapura, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
    Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev