Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kenta Kon Dilantik Presiden, CEO Baharu Toyota!
Auto Terkini

Kenta Kon Dilantik Presiden, CEO Baharu Toyota!

Abang HirataBy Abang Hirata08/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kenta Kon - Presiden dan CEO baharu Toyota

TOYOTA Motor Corporation (TMC) mengumumkan perubahan besar dalam struktur organisasi dan barisan kepimpinan tertinggi.

Peralihan mandat itu bermula 1 April 2026 sebagai langkah strategik pemgeluar itu mendepani cabaran industri automotif global yang semakin mencabar.

Kenta Kon Terajui Toyota Sebagai Presiden Baharu

Bermula 1 April 2026, Kenta Kon yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) akan mengambil alih jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TMC.

Beliau dipilih berdasarkan rekod prestasi cemerlang dalam mengukuhkan struktur pendapatan pengeluar itu dan pengalaman luas dalam pengurusan rentas fungsi di Woven by Toyota.

Di bawah kepimpinan beliau, Kon akan menumpukan sepenuhnya kepada pengurusan dalaman syarikat dengan sasaran utama meningkatkan keupayaan menjana pendapatan dan menurunkan jumlah titik pulang modal bagi memastikan kelestarian penghasilan kenderaan lebih baik.

Di sebalik perlantikan tersebut, timbul persoalan mengenai masa depan kereta prestasi dan sukan permotoran Toyota.

Kedua-dua bidang tersebut biasanya tidak memberi pulangan lumayan (atau tidak menguntungkan) dan usaha Toyota selama ini bawah GAZOO Racing (GR) dan permotoran lebih terarah kepada penjenamaan dan peningkatan kemahiran kakitangan.

Bagaimanapun, dengan Akio Toyoda yang masih kekal berada di puncak kepimpinan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, hala tuju serta perjalanan pembangunan kereta prestasi dan program GR dijangka kekal berada di landasan ditetapkan sebelum ini.

Koji Sato Galas Peranan Ketua Pegawai Industri (CIO)

Presiden semasa, Koji Sato pula akan beralih peranan kepada jawatan Naib Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah. Beliau juga akan memegang tanggungjawab dalam jawatan yang baru saja diwujudkan, iaitu Ketua Pegawai Industri (CIO).

Langkah itu diambil bagi membolehkan Sato memberikan tumpuan lebih meluas terhadap kerjasama industri secara global.

Sebagai Pengerusi Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) dan Naib Pengerusi Persekutuan Perniagaan Jepun (KEIDANREN), peranan beliau sangat penting dalam memacu cadangan dasar berasaskan pembuatan (monozukuri) dan meningkatkan daya saing industri Jepun di peringkat antarabangsa.

Strategi Pengukuhan, Transformasi Mobiliti

Yoichi Miyazaki | CFO dan Naib Presiden Eksekutif

Perubahan struktur itu direka khas untuk mempercepatkan proses membuat keputusan dalam pengurusan. Toyota menyasarkan meluaskan kerjasama melampaui sempadan industri automotif bagi memacu transformasi syarikat menjadi pengeluar mobiliti sepenuhnya.

Selain lantikan Kon dan Sato, Yoichi Miyazaki juga akan menggalas tanggungjawab tambahan sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) selain mengekalkan jawatan beliau sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Pegawai Operasi.

Garis Masa Pelantikan, Kelulusan

Logo Toyota

Perubahan jawatan eksekutif itu akan dikuatkuasa 1 April 2026. Bagaimanapun, pelantikan dalam Lembaga Pengarah, tertakluk kelulusan rasmi pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemegang Saham ke-122 yang dijadualkan pada Jun 2026.

Selepas mesyuarat tersebut, Kenta Kon secara rasmi menyertai Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Urusan, manakala Koji Sato akan melepaskan jawatan Presiden untuk kekal sebagai Naib Pengerusi.

Ringkasan Perubahan Pengurusan TMC

Koji Sato (kiri) dan Kenta Kon

  • Kenta Kon dilantik sebagai Presiden dan CEO berkuat kuasa 1 April 2026
  • Koji Sato beralih ke jawatan Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Industri (CIO)
  • Yoichi Miyazaki dilantik Ketua Pegawai Kewangan (CFO) baharu
  • Fokus kepimpinan merangkumi pengukuhan pendapatan dalaman dan kerjasama industri global.
  • Lantikan rasmi Lembaga Pengarah dimuktamadkan pada Jun 2026 (Mesyuarat Agung Tahunan ke-122).
Koji Sato (kiri) dan Kenta Kon
Koji Sato (kiri) dan Kenta Kon
Koji Sato (kiri) dan Kenta Kon
Koji Sato (kiri) dan Kenta Kon
Kenta Kon
Koji Sato
Koji Sato (pegang mikrofon) dan Kenta Kon
Koji Sato dan Kenta Kon (pegang mikrofon)
Kenta Kon Koji Sato TMC Toyota Toyota Motor Corporation Toyota Motor Corporation (TMC) Yoichi Miyazaki
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.