• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kenapa Proton X50 2026 Serba Baharu Nampak Lagi 'SPORT' Berbanding Model Lama?

Kenapa Proton X50 2026 Serba Baharu Nampak Lagi 'SPORT' Berbanding Model Lama?

July 2, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Proton X50 2026 Serba Baharu
PROTON X50 2026 Serba Baharu tampil sebagai model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak paling canggih yang bakal meneruskan legasi sebagai SUV segmen-B nombor satu di Malaysia.

Sejak mula diperkenalkan pada 2020, Proton X50 mencatat kejayaan luar biasa bukan saja di pasaran tempatan, tetapi juga menembusi 51 pasaran global seperti Eropah Timur, Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.

Lebih 1.2 Juta Terjual Seluruh Dunia

Secara keseluruhan, lebih 1.2 juta unit Proton X50 sudah dijual seluruh dunia dengan jualan melonjak saban tahun, bermula 3,777 unit (2020), meningkat kepada 32,000 unit (2021), 71,000 unit (2022), 103,000 unit (2023), dan 125,000 unit (2024).

Menariknya, dalam suku pertama 2025, sudah 130,000 unit dijual yang menjadikan Proton X50 sebagai model paling konsisten dalam rekod jualan Proton setakat ini.

Proton X50 2026 kini mensasarkan dua kumpulan pengguna yang terdiri daripada keluarga kecil berusia 30-40 tahun yang memiliki anak kecil dan profesional muda berusia 26 hingga 30 tahun, sama ada bujang atau sudah berkahwin.

SUV itu bukan saja menawarkan gaya dan teknologi, tetapi turut memberikan kombinasi terbaik dari segi prestasi, keselamatan dan keselesaan. Semua ciri itu dirangkumkan dalam konsep 'SPORT' yang terdiri daripada:

S: Stylish Design

All New Proton X50 2026 - Flagship

Bahagian luaran Proton X50 2026 Serba Baharu diperbaharui secara menyeluruh dengan gril depan baharu, lampu utama LED penuh, bampar depan dan belakang baharu, spoiler belakang sporty, dan lampu bar belakang LED penuh.

Rim aloi baharu 18 inci juga memberi penampilan lebih agresif dan premium.

Menjengah ruang kabin, pengguna disambut lampu ambien 72 warna, unit infotainmen 14.6 inci, kluster instrumen digital 8.88 inci depan pemandu, konsol tengah serba baharu yang dilengkapi pengecas wayarless, dan pedal gear automatik jenis kolum yang diilhamkan daripada kereta mewah.

Warna baharu eksklusif, Teal Bayou Green (hijau) turut ditawarkan bagi menyerlahkan lagi keunikan model berkenaan.

P: Powerful Performance

All New Proton X50 2026 - Premium
All New Proton X50 2026 - Premium

Proton X50 2026 Serba Baharu dijana enjin i-GT 1.5L  dengan turbo suntikan terus (TGDI), manakala transmisi jenis dual-klac (DCT) 7-kelajuan yang menghasilkan output kuasa 181ps (133kW) dan tork 290Nm antara 2,000-5,000rpm.

Pecutan 0-100kmj dicapai sepantas 7.6 saat, iaitu 0.3 saat lebih pantas berbanding model terdahulu. Penggunaan bahan api juga dipertingkat dengan penjimatan sekitar 4.7 peratus.

Mod pemanduan turut ditambah baik, yang kini dalam empat pilihan mod: Normal, Sport, Eco dan Adaptive Mode.

O: Outstanding Safety

All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026

Proton X50 2026 Serba Baharu dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 yang kini dinaik taraf dengan kamera monokular 170 meter di depan, radar gelombang milimeter 80 meter di belakang, dan sistem radar sisi baharu (rear ride radar system).

Ciri keselamatan lain diberikan ialah kamera definisi tinggi (HD) 360º dengan pandangan lut sinar 180º, sistem Bantuan Parkir Automatik (APA) untuk parkir selari dan melintang, serta enam beg udara SRS.

Model ini turut menerima rating keselamatan 5 Bintang Asean NCAP.

R: Revolutionary Intelligence

Proton X50 2026 Serba Baharu menjadi pelopor dalam industri automotif Malaysia menerusi sistem 'Hi Proton' yang membolehkan arahan suara dalam Bahasa Melayu (BM) dibuat seperti 'buka tingkap', 'hidupkan penghawa dingin', 'mainkan muzik', atau 'arah ke KLCC'.

Unit infotainmen bersaiz 14.6 inci (paling besar dalam segmennya), resolusi penuh HD 1920x1080 dengan paparan skrin lebar nisbah 16:9, dijana cip pemproses empat teras dengan sistem operasi Android 10.

Ciri paling dinanti seperti sokongan Apple Carplay dan Android Auto disediakan secara wayarless dan berwayar, manakala pplikasi mudah alih Proton Link 2.0 turut memudahkan pemantauan kenderaan, lokasi, penjadualan servis dan pelbagai fungsi pintar secara jarak jauh.

T: Total Comfort

All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship

Ruang kabin Proton X50 2026 Serba Baharu direka semula untuk memberikan keselesaan tahap tinggi yang hadir dengan gear kolum automatik rekaan mewah, visor semi lut sinar, pengecas wayarless yang lebih ergonomik, ruang simpanan bawah konsol saiz 10 liter, dan empat port USB bagi kemudahan penumpang depan dan belakang.

Semua ciri itu menjadikan pengalaman pemanduan lebih selesa, praktikal dan berteknologi tinggi.

Dengan penambahbaikan menyeluruh dari aspek rekabentuk, prestasi, keselamatan dan teknologi, Proton X50 2026 Serba Baharu bukan sekadar SUV kompak biasa, tetapi simbol transformasi pintar dalam industri automotif nasional.

Model itu kini bersedia menawan hati pengguna yang mahukan kenderaan bergaya, selamat, dan serba canggih.

All New Proton X50 2026 - Flagship
proton-x50-2025-flagship-2
proton-x50-2025-flagship-3
proton-x50-2025-flagship-4
proton-x50-2025-flagship-5
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
All New Proton X50 2026
proton-x50-2025-flagship-65
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship
All New Proton X50 2026 - Flagship

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, Proton X50 2025, Roda4, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev