Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kenapa Jualan Kenderaan BEV Thailand Naik Lebih 600 Peratus?
Auto Terkini

Kenapa Jualan Kenderaan BEV Thailand Naik Lebih 600 Peratus?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


THAILAND mencatat jualan kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) sebanyak 73,568 unit, naik 603 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Malah Persekutuan Industri Thailand (FTI) menjangkakan momentum pertumbuhan jualan EV akan berterusan tahun ini. Malah segmen BEV dikatakan akan memintas kenderaan dengan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) tidak lama lagi. Persoalannya, mengapa jualan EV di Thailand naik begitu drastik?

DATA ICE, BEV THAILAND

  • Jualan kenderaan kategori ICE menurun 13.7 peratus kepada 238,570 unit pada 2023.
  • ICE merangkumi 30.7 peratus segmen kereta penumpang sepanjang tahun lalu.
  • BEV mencatatkan 9.4 peratus dalam segmen kereta penumpang 2023.

APA SEBAB JUALAN EV THAILAND NAIK?

Jawapannya, pakej insentif Kerajaan.

Insentif diperkenalkan di Thailand banyak membantu menjadikan harga EV lebih mampu milik sekali gus mendorong peningkatan permintaan untuk kenderaan bebas emisi.

Kerajaan Thailand ada memperkenalkan tiga pakej untuk merangsang pengeluaran dan penerimaan pengguna terhadap EV.

Bulan lalu, Jawatankuasa Dasar Kenderaan Elektrik Kebangsaan meluluskan insentif untuk memberi dorongan kepada syarikat-syarikat untuk menukar fleet trak komersial besar dan bas konvensional kepada BEV.

Insentif untuk penggunaan bas dan trak elektrik membabitkan potongan cukai yang diberikan kepada syarikat yang layak, berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2025.

Jawatankuasa itu juga mengesahkan ada pemberian geran tunai untuk pengeluar-pengeluar sel bateri EV.

SKIM EV 3.0 & 3.5

Sebelum ini, Thailand ada memperkenalkan dua skim untuk memacu pertumbuhan industri EV iaitu Skim EV3.5 dan EV3.0.

Skim EV3.0

  • Menawarkan pemotongan cukai dan subsidi untuk menggalakkan penggunaan serta pengeluaran EV antara tahun 2022 dan 2023.
  • Subsidi antara 70,000 baht hingga 150,000 baht (RM9,170 hingga RM19,650) bergantung kepada jenis dan model kenderaan.
  • Duti eksais lebih rendah dan duti import ke atas unit CKD dan CBU.
  • Pengeluar kenderaan komited mengeluarkan EV di Thailand bermula tahun ini.

Skim EV3.5

  • Diluluskan pada November lalu dan merupakan fasa kedua pakej insentif EV selepas 3.0.
  • EV3.5 bermula 2024 hingga 2027.
  • Menawarkan subsidi antara 5,000 hingga 100,000 baht (RM655 hingga 13,103) untuk kereta dan motosikal elektrik yang diimport (CBU).
  • Duti import dan cukai eksais turut dikurangkan.
  • Pengeluar EV yang mengambil bahagian dalam Skim EV3.5 dikehendaki menghasilkan EV di dalam negara bermula 2026.

RAMALAN SEGMEN EV THAILAND

Pengguna Thailand lebih yakin beli kenderaan EV disebabkan ada sokongan insentif Kerajaan dan sentimen ekonomi Thailand.

Jualan BEV dijangka mampu mencecah paras 100,000 hingga 150,000 unit untuk tahun 2024 jika harga beberapa model kereta elektrik misalnya city car dapat diturunkan di bawah paras 600,000 baht (RM78,618).

Segmen EV Thailand juga dijangka naik disebabkan faktor kenaikan harga bahan api didorong konflik geopolitik, lebih ramai pengguna mahu memiliki kenderaan berteknologi baharu serta kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

Kekurangan kemudahan pengecas tidak memberi kesan terhadap jualan kenderaan dan pengeluaran kenderaan EV. Setakat ini, ada 4,985 cawangan pengecasan EV di Thailand.

Kerajaan Thailand ada sasaran untuk BEV iaitu 30 peratus daripada jumlah pengeluaran kereta menjelang tahun 2030 membabitkan pengeluaran:

  • 725,000 kereta sifar emisi
  • 675,000 motosikal elektrik
  • 34,000 bas dan trak elektrik

SUMBER: BangkokPost

autoterkini Kenderaan Elektrik Persekutuan Industri Thailand (FTI) Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.