Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#TahukahAnda: Kenali Jenis Transmisi Motosikal yang Perlu Anda Tahu
Roda2

#TahukahAnda: Kenali Jenis Transmisi Motosikal yang Perlu Anda Tahu

ZYBy ZY28/03/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ADUH… menyesal pulak beli motor ni, aku mana tau guna klac”.

Bagi majoriti pembaca, mungkin anda rasa ini cuma hal remeh, tetapi hakikatnya ramai di luar sana yang belum tahu apa gunanya tuil sebelah kiri hendal, terutama penunggang yang tidak pernah mengendalikan motosikal.

Seperti kenderaan bermotor lain, misalnya kereta, motosikal juga didatangkan dengan variasi transmisi atau sistem gear, baik manual ataupun automatik. Bagaimanapun, tidak seperti kereta yang popular dengan transmisi automatik, tetapi kebanyakan motosikal pilihan di Malaysia seperti Honda EX5, dan Yamaha Lagenda popular dengan transmisi semi manual.

Bagaimanakah membezakan jenis transmisi dan kelebihan setiap satunya? Teruskan membaca.

1. AUTOMATIK


Transmisi automatik boleh dikatakan ada pada 99 peratus motosikal jenis skuter seperti Yamaha Ego, dan Honda BeAT yang sering ditunggang kaum hawa, atau Yamaha NVX 155 untuk abang kacak di luar sana.

Tidak seperti transmisi automatik kereta yang lebih rumit (CVT vs konvensional 4-kelajuan masih didebatkan hingga sekarang), transmisi automatik motosikal secara majoriti menggunakan CVT yang lebih ringkas dengan cuma satu arah (tiada gear undur) dan satu kelajuan sahaja (tiada gear N, D dan L).

Mungkin anda tertanya kenapa CVT pada skuter tidak memerlukan gear N seperti kereta? Jawapannya, ini kerana CVT skuter dihubungkan kepada klac sentrifugal yang bertindak memutuskan kuasa daripada enjin kepada roda belakang ketika melahu (idle).

KELEBIHAN:
  • Sangat mudah digunakan, cuma pulas terotel (dan jangan stres!)
  • Pengendalian hanya menggunakan tangan (brek menggunakan tuil tangan sebelah kiri). Jadi, kaki boleh direhatkan.
  • Sesuai untuk golongan kurang upaya (OKU) atau berumur.
KEKURANGAN:
  • Respon pendikit lebih lemah dalam kelajuan rendah, kurang seronok ‘bermain’ di selekoh.
  • Penjagaan dan ubah suai lebih cerewet berbanding motosikal transmisi lain kerana menggunakan pacuan tali sawat (belt).
BIASA DIGUNAKAN:

Skuter. Mudah dikenali dengan bahagian belakang roda belakang yang lebih gemuk atau berbenjol, tiada sebarang tuil pada kaki, manakala dua tuil di kiri dan kanan hendal digunakan untuk membrek.

2. MANUAL


Seperti kereta, penunggang motosikal transmisi manual perlu menukar gear dan mengendalikan klac mereka yang kebiasaannya menggunakan tuil sebelah kiri hendal. Terkenal juga dengan istilah motor ‘klac mati’ di kalangan mat motor. Transmisi manual memberikan penukaran gear yang lebih lancar (bergantung skil penunggang) selain mampu menampung beban kuasa enjin yang besar, sekali gus menjadikan transmisi jenis ini sebagai pilihan utama untuk kegunaan motosikal kuasa tinggi.

Kepada anda yang tidak pernah menunggang motosikal transmisi manual, aturan gear ialah secara sekuen berurutan 1-N-2-3-4-5-6, iaitu penunggang menarik klac sambil menekan pedal gear untuk ke gear 1, dan menyungkit (tolak ke atas) pedal gear sama untuk anjakan gear seterusnya. Sebab itu turut digelar ‘gear sungkit’ di kalangan mat motor.

KELEBIHAN:
  • Mampu menanggung kuasa lebih tinggi berbanding transmisi lain, lebih ‘pikap’.
  • Penukaran gear lebih lancar bagi mereka yang sudah cekap.
  • Lebih sesuai untuk tunggangan agresif, dan melayan selekoh.
  • Penjagaan rantai pacu (drive chain) yang lebih mudah berbanding tali sawat transmisi automatik (jika guna rantai pacu)
KEKURANGAN:
  • Ambil masa untuk cekap, dan tidak diajar ketika mengambil lesen motosikal (kecuali B penuh).
  • Hanya ada pada motosikal/ kapcai prestasi tinggi (125/150cc ke atas).
  • Lebih remeh untuk kegunaan harian berbanding transmisi lain.
  • Mudah rosakkan kasut kerana perlu kerap menyungkit pedal gear (sebelah kiri sahaja)
BIASA DIGUNAKAN:

Motosikal jenis sport, touring dan kapcai berprestasi tinggi (125/150cc ke atas). Perhatikan ada tuil tangan (klac) pada bar hendal dan pedal kaki (gear) sebelah kiri bawah motosikal.

3. SEMI-MANUAL


Transmisi semi-manual jadi pilihan ramai penunggang yang masih mahu menukar gear sendiri tetapi tidak suka mengendalikan klac. Dalam bahasa mat motor dipanggil ‘klac hidup’. Bagaimanapun ramai tersalah menganggap motosikal jenis ini tiada klac, dan langsung tidak beri perhatian dalam hal menjaga komponen tersebut.

Faktanya, transmisi semi-manual memang didatangkan dengan klac dalam bentuk klac sentrifugal (ya, klac sama digunakan pada skuter) atau juga digelar ‘klac-auto’. Klac sentrifugal bertindak mengapit atau melepaskan plat klac seiring kekuatan daya putaran enjin.

Jadi, sangat penting penunggang memperlahankan enjin motor sebelum menukar gear dan inilah antara sebab kenapa transmisi semi-manual kurang sesuai untuk motosikal prestasi tinggi.

Salah satu kelebihan utama transmisi ini ialah aturan gear sekuen rotari (N-1-2-3-4-N) yang membolehkan penunggang menukar terus gear tertinggi kepada gear terendah ketika berhenti.

Jadi, tanpa perlu menarik dan melepaskan klac sambil menekan dan menyungkit pedal gear, aturan gear semi-manual nyata memudahkan penunggang melakukan urusan harian atau komersil yang melibatkan banyak situasi gerak-henti atau stop-and-go bak kata mat saleh.

KELEBIHAN:
  • Lebih mudah dipelajari dan digunakan.
  • Penjagaan lebih mudah, klac auto boleh bertahan lama dan tiada tuil klac untuk disenggara.
KEKURANGAN :
  • Kurang sesuai untuk aplikasi motosikal kuasa tinggi kerana penukaran gear hanya selamat dilakukan pada putaran enjin rendah
  • Penukaran gear tidak selancar transmisi manual sepenuhnya.
BIASA DIDAPATI:
Contoh posisi pedal gear Yamaha Lagenda
Yamaha Lagenza 115Z
Pedal gear Honda EX5

Kapcai bersesaran rendah (bawah 150cc). Cuma ada tuil brek pada bar hendal kanan, dan pedal gear berkembar di sebelah kiri yang membolehkan gear ditukar tanpa perlu menyungkit pedal.

BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?

auto klac Automatik CVT Gear gear motosikal Klac klac motosikal kotak gear Manual Semi-Manual transmisi transmisi motosikal
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

31/03/2026
Auto Terkini

CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

28/03/2026
Aveta Care On Wheels
Auto Terkini

Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

27/03/2026
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

24/03/2026

1 Comment

  1. Thaqif on 08/07/2024 06:10

    Kalau Yamaha SS2 Dual Clutch dia pakai klac hidup ker klac mati? Sbb ramai org cakap dia pakai klac hidup tapi kalau saya tengok dia masih lagi ada klac tangan kat sebelah kiri,
    Mohon penjelasan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.