Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kenali Jenis Enjin [SIRI 5]: Enjin Rotari – Pakej Enjin Kecil dengan Kuasa Besar
Autotainment

Kenali Jenis Enjin [SIRI 5]: Enjin Rotari – Pakej Enjin Kecil dengan Kuasa Besar

Han OthmanBy Han Othman08/09/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ENJIN Rotari atau Putar juga termasuk dalam jenis enjin pembakaran dalaman seperti enjin Sebaris, V-Type, Boxer dan W-Type. Namun, cara enjin Rotari bekerja adalah berbeza berbanding enjin berpiston konvensional. Dalam enjin berpiston, ruang isipadu dalam silinder yang sama akan melakukan empat tugasan berbeza – ambilan, mampatan, pembakaran dan ekzos. Sebaliknya, enjin Rotari melengkapkan setiap tugasan tersebut dalam perumah (housing) sendiri. Ini bermakna, enjin Rotari memiliki silinder khas untuk melakukan setiap empat tugasan berkenaan.

Enjin Rotari dibangunkan oleh Dr Felix Wankel yang kadangkala turut dipanggil enjin Wankel atau enjin Rotari Wankel. Jika anda biasa dengan Mazda RX-8 (atau RX-7), anda tahu model itu adalah satu-satunya kereta atas jalan yang menggunakan enjin Rotari (Wankel). Tetapi apakah anda tahu bagaimana enjin Rotari bekerja? Mengapa cuma Mazda menjadi pengeluar yang masih menggunakan jenis enjin ini? Apakah kelebihan dan kekurangannya?

Sebelum itu, mari kita tonton dahulu video di bawah ini:

Sekarang, anda mungkin sudah faham serba sedikit mengenai enjin Rotari bukan? Walaupun sudah sedia dibangunkan sejak puluhan tahun lalu, tetapi hanya Mazda yang menggunakan enjin Rotari pada model-model massa keluarannya.

Mazda RX-8
Mazda RX-7

KELEBIHAN

Rotor dan perumah dalam enjin Mazda RX-7. Semua bahagian itu menggantikan peranan piston, silinder, injap, rod penyambung dan aci engkol dalam enjin berpiston.
Rotor dan perumah dalam enjin Mazda RX-7.

Anda patut tahu bahawa Mazda RX-8 mempunyai kelompok fanatiknya tersendiri. Malah, ramai kalangan peminat automotif mengakui kehebatan enjin Rotari yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 232hp daripada enjin bersesaran 1.3L. Malah, berat badan ringan membolehkan RX-8 tersenarai antara kereta yang menawarkan pengendalian terbaik atas jalan.

Lebih mengujakan, henjutan kuasa pada putaran 9,000rpm berlaku dengan lancar dan linear. Enjin Rotari juga memiliki kurang bahagian bergerak berbanding enjin berpiston empat-lejang. Misalnya, enjin Rotari dua-rotor memiliki tiga bahagian bergerak utama; dua rotor dan aci pengeluaran. Ini berbeza dengan enjin berpiston empat silinder yang memerlukan sekurang-kurangnya 40 bahagian bergerak seperti piston, rod penyambung, aci sesondol, injap, spring injap, tali sawat, gear sawat, aci engkol dan jumpelang (rocker).

Penggunaan bahagian dan alat ganti enjin yang kurang dan saiz kecil membolehkan banyak kuasa dipadukan dalam satu pakej kompak. Enjin Rotari juga kurang mengalami masalah kerosakan teruk. Bagi enjin berpiston, apabila satu piston kehilangan mampatan atau tekanan minyak, ia akan tersadai rosak dengan asap tebal berkepul keluar. Sebaliknya, enjin Rotari dengan masalah sama hanya kehilangan kuasa pada ruang tugasan itu saja dan ini memberikan anda masa yang cukup ke bengkel.


KELEMAHAN

rotor-enjin-rotari

Walaupun enjin RX-8 mampu menjana kuasa kuda menakjubkan daripada enjin bersaiz kompak, tetapi masih tidak dapat menghasilkan tork tinggi, sekali gus mengurangkan fill umpph pada sesebuah enjin itu. Dengan kemampuan menghasilkan tork setinggi 206Nm, pemilik RX-8 perlu menginjak pedal menghampiri garis merah putaran enjin, iaitu sehingga 9,000rpm bagi mengekalkan kepantasan kereta.

Selain itu, faktor kecekapan bahan api yang disuapkan enjin Rotari juga sangat teruk. Rating Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) 2010 bagi RX-8 mencatatkan penggunaan bahan api 5.6km per liter, dan 7.78km per liter di lebuh raya, lebih tinggi berbanding enjin berpiston V8. Inilah sebab utama kenapa ramai pembeli mengelak membeli enjin jenis ini.

Fakta menariknya, enjin Rotari turut sama membakar sejumlah kecil minyak enjin dan pemilik perlu sentiasa menambahnya secara berkala. Tetapi, bukanlah masalah besar pun dan cuma perlu diberikan lebih perhatian.

Namun, kelemahan terbesar enjin Rotari ialah kecenderungan mengalami kerosakan. Walaupun jarang sekali enjin Rotari berasap, tetapi ramai pemilik RX-7 dan RX-8 kerap mengadu mengenai masalah enjin mereka. Walaupun RX-8 memuatkkan enjin Rotari Renesis dengan banyak penambahbaikan dibuat, ia masih kerap dilanda masalah sama.

REKABENTUK ENJIN

Selama beberapa dekad, rekabentuk enjin berpiston sentiasa lebih unggul berbanding Rotari. Tetapi persaingan tentang enjin mana lebih baik masih tetap terbuka. Tambahan lagi dengan kewujudan jenis enjin baru yang menggunakan trenkuasa elektrik.

Jangan lupa baca semula artikel Kenali Jenis Enjin dengan klik pautan di bawah:

Kenali Jenis Enjin [SIRI 1]: Enjin Sebaris – Paling Cekap dan Mudah Senggara

Kenali Jenis Enjin [SIRI 2]: Enjin V-Type – Jana Lebih Kuasa Buas untuk Kereta

Kenali Jenis Enjin [SIRI 3]: Enjin Flat – Satukan Imbangan dan Pengendalian Sempurna

Kenali Jenis Enjin [SIRI 4]: Enjin W-Type – Cetus Prestasi Super Dalam Pakej Kompak

autotainment enjin pembakaran dalaman enjin rotari enjin wankel kenali jenis enjin Mazda RX-7
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Trivia Arsenal dan automotif
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

20/05/2026
Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.