Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?

SyafieBy Syafie07/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Subjenama GWM di China

PENGELUAR automotif dari China, GWM mempunyai enam subjenama utama di pasaran China, hampir keseluruhan dalam segmen automotif dan mobiliti, terdiri daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) arus perdana, kenderaan elektrik (EV) kompak, trak pikap global, SUV off-road, jenama premium, hingga motosikal mewah.

Pendekatan ini meletakkan GWM sebagai antara pengeluar China paling menyeluruh dalam portfolio jenama yang meluas ketika ini.

1. Haval – Peneraju SUV Arus Perdana

GWM Haval H6 HEV catat ASEAN Records 2025

Subjenama Haval kekal sebagai tonggak jualan terbesar GWM dengan fokus kepada SUV famili dan crossover. Antara model popular ialah:

  • Haval H6
  • H9
  • Big Dog
  • Raptor (Menglong)
  • Xiaolong Max

Haval menampilkan teknologi hibrid Hi4, rekabentuk praktikal dan harga kompetitif.

2. Wey – SUV, MPV Premium

Wey adalah jenama premium GWM yang menumpukan ciri kemewahan, teknologi dan pemanduan senyap. Antara model utama ialah:

  • Mocha
  • Latte
  • Coffee 01/02
  • Blue Mountain
  • Gaoshan MPV

WEY menjadi perintis penggunaan sistem pacuan semua roda (AWD) Hi4 Performance AWD dan sistem bantuan pemandu lanjutan.

3. TANK – SUV Off-Road Hardcore

TANK 500

Subjenama TANK menumpukan kepada SUV dengan casis frem tanggan (ladder-frame) sebenar untuk kegunaan off-road berat. Antara model utama:

  • TANK 300
  • TANK 500
  • TANK 700

TANK ialah pesaing realistik kepada Toyota Land Cruiser, Jeep Wrangler dan Suzuki Jimny, lyang dilengkapi:

  • Sistem 4WD berat
  • Kunci diferensial
  • Platform tahan lasak

4. Poer – Trak Pikap Global

Jenama Poer membarisi segmen trak pikap global GWM dengan model utama:

  • Poer (GWM Cannon)
  • King Kong
  • Shanhai Cannon

Model tersebit cuba menyaingi Toyota Hilux dan Ford Ranger dengan:

  • Enjin turbo diesel
  • Varian AWD
  • Rekabentuk moden

5. Ora – EV Gaya Hidup

Ora 07

Subjenama Ora menumpukan kepada EV kompak dan happy-tech untuk pemandu urban menerusi model berikut:

  • Good Cat
  • Funky Cat
  • Lightning Cat
  • Ballet Cat

Keistimewaan Ora:

  • Rekabentuk unik
  • Sistem keselamatan tinggi
  • EV sesuai pengguna harian

6. Souo – Motosikal Premium

Souo S2000GL

Subjenama motosikal premium GWM ini dibangunkan khas untuk menyertai segmen motosikal touring kuasa besar (big bike touring) dan cruiser mewah (luxury cruiser), dengan debut model sulung, Souo S2000GL.

Spesifikasi menarik Souo S2000GL:

  • Enjin 8-silinder (V8) dengan kapasiti hampir 2,000cc yang langka (rare) untuk motosikal
  • Transmisi autommatik dual-klac (DCT)
  • Sistem bantuan undur
  • Pilihan kereta sisi (side-car)
  • Saiz dan posisi tunggang ala Honda Gold Wing

Motosikal itu direka untuk touring mewah jarak jauh yang menyasarkan saingan:

  • Honda Gold Wing
  • BMW K1600

Fokus Souo adalah:

  • Teknologi tinggi
  • Keselesaan maksimum
  • Touring jarak jauh
  • Segmen ultra-premium

Kehadiran di Malaysia

Setakat ini pasaran Malaysia hanya menampilkan empat subjenama yang aktif seperti:

  • Haval
  • Ora
  • Poer
  • TANK

Akan datang, ada dua lagi subjenama yang dijangka memasuki pasaran Malaysia bermula 2026 seperti:

  • Wey
  • Souo

GWM ‘Go With More’

GWM | Go With More

Dengan enam subjenama merangkumi kereta, trak pikap, EV, SUV lasak hingga motosikal touring premium, GWM kini menjadi antara pengeluar China paling agresif dan menyeluruh dalam arena automotif global.

Kemasukan jenama seperti Wey dan Souo ke Malaysia, jika direalisasi, bakal mengubah landskap pasaran automotif tempatan, sekali gus membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Auto Terkini Great Wall Motor (GWM) GWM Malaysia Haval Ora Roda4 Subjenama GWM Suou tahukah anda Tank WEY
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.