Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kenaikan Harga Minyak Tertinggi Sepanjang 2016, Negara Opec Berpakat Mahu Hadkan Pengeluaran
Auto Terkini

Kenaikan Harga Minyak Tertinggi Sepanjang 2016, Negara Opec Berpakat Mahu Hadkan Pengeluaran

Han OthmanBy Han Othman01/11/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

opec-harga-minyak-november-2016
HARGA bahan api yang diumumkan semalam, 31 November 2016 adalah tertinggi setakat tahun ini. Rekod tertinggi sebelum ini adalah pada Januari lalu dengan RON95 berharga 1.85 seliter; RON 97, RM2.25 seliter; dan diesel, RM1.60 seliter.

Rekod terendah pula adalah pada Mac lalu, iaitu RON95, 1.60 seliter; RON 97, RM2.05 seliter; dan diesel, RM1.35 seliter, seiring dengan kejatuhan harga minyak global. Dengan harga baharu RON95, RM1.95 seliter; RON 97, RM2.30 seliter; dan diesel, RM1.90 seliter, ramai meramalkan isu kenaikan harga barang berlaku disebabkan bertambahnya kos logistik dan pengangkutan.

Bagi pengguna biasa pula, jika isian 30 liter untuk RON95 sebelum ini bersamaan RM54, tetapi harga baharu kali ini menyebabkan mereka perlu membayar RM58.50, yakni pertambahan sebanyak RM4.50.

harga-minyak-jan-nov-2016

NEGARA LAIN JUGA ALAMI KENAIKAN?

Apakah ada negara selain Malaysia yang mengalami kenaikan pada November ini? Menurut laman web GulfNews, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – negara pengeluar minyak ke-6 terbesar dunia – adalah antara negara Arab yang mengumumkan kenaikan harga minyak pada bulan ini.


Kenaikan itu membabitkan minyak Super 98, naik Dh1.90 (RM2.17) daripada Dh1.81, Special 95, naik Dh1.79 (RM2.04) daripada Dh1.71, E Plus 91, naik Dh1.72 (RM1.96) daripada Dh1.63 dan diesel naik 1.91 (RM2.17) daripada 1.76.

Tukaran AS$1 = Dh3.67; manakala AS$1  = RM4.18.

Harga baharu itu diumumkan ketika harga minyak mentah global sedang pulih susulan persidangan sesama negara anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) untuk mengehadkan tahap pengeluaran bagi menstabilkan harga minyak dunia.

Opec pada 28 September lalu di Algeria bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak kepada julat 32.5 juta hingga 33 juta tong sehari. Pada 30 November ini pula, Opec sekali lagi akan bersidang untuk memutuskan berapa kapasiti tong yang sepatutnya dikeluarkan setiap negara anggota.

HAD PENGELUARAN TIDAK DIPERSETUJUI

nigeria-isi-minyak
Bagaimanapun, usaha Opec itu dijangka tidak dipersetujui beberapa negara anggota seperti Iran dan Iraq, serta kemungkinan dibantah Libya dan Nigeria. Ini kerana setiap negara tersebut perlu menjual sumber minyak masing-masing untuk menampung keperluan kewangan.

Iraq misalnya, memerlukan banyak wang untuk menangani krisis keganasan dicetuskan militan Negara Islam (IS), manakala Iran yang baru saja bebas daripada sekatan antarabangsa mahu meningkatkan pengeluaran kepada 4 juta tong sehari. Libya dan Nigeria pula berdepan krisis militan dan ketegangan dalam negara yang dikhuatiri menjejaskan keupayaan pengeluaran.

Harga minyak pada masa ini merosot di bawah AS$50 setong (RM209) dengan penanda aras minyak mentah global, Brent, AS$49.71 setong (RM208.10) dan penanda aras minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI), AS$48.70 setong (RMRM208.05).

Apa saja keputusan Opec pastinya akan mempengaruhi harga minyak dunia, dan Malaysia juga tidak terkecuali menerima tempias tersebut kerana tiada peruntukan subsidi ke atas petrol diberikan. Persoalannya, bersediakah Malaysia menghadapi krisis minyak antarabangsa yang dicetuskan pemain-pemain utamanya?

SUMBER: GulfNews.com

Auto Terkini Emiriyah Arab Bersatu (UAE) harga minyak global harga minyak November 2016 Opec Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.