• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Diserbu Polis Thailand, 'Usahawan' Plat Palsu Hilang Pendapatan RM6k Sebulan

Diserbu Polis Thailand, 'Usahawan' Plat Palsu Hilang Pendapatan RM6k Sebulan

October 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

603
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK lima tahun lalu, Ronnachai menikmati pendapatan sampingan lebih 50,000 baht (RM6,250) setiap bulan dengan hanya menjual nombor plat palsu di Thailand.

Lelaki berusia 46 tahun itu mengenakan bayaran serendah 1,000 baht (RM125) untuk setiap nombor plat palsu dan pelanggan boleh membuat tempahan melalui beberapa cara sama ada datang sendiri ke rumahnya, secara atas talian atau panggilan telefon.

BACA >>> Lebih 1 Juta Pelancong Malaysia Masuk Thailand, Sumbang Hasil RM3.3 Bilion!

Sebaik saja nombor plat siap, ia akan dihantar melalui pos. Pelanggannya terdiri daripada pemandu biasa, pemandu teksi, pemandu perkhidmatan pelanggan di lapangan terbang dan juga penunggang motosikal.

Bagaimanapun, perniagaan sambilan Ronnachai terpaksa ditamatkan selepas rumahnya di wilayah Pathum Thani dekat Bangkok diserbu polis Thailand.

Serbuan jam 1.30 petang itu membawa kepada penemuan nombor plat teksi palsu berwarna kuning dan lebih 300 komponen dan peralatan untuk aktiviti pembuatan nombor plat.

Ronnachai ketika ditahan di lokasi serbuan mengaku bersalah atas salah lakunya dan menjelaskan itu cuma kerja sambilan.

Lelaki itu bakal berdepan dakwaan memalsukan dokumen rasmi. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara enam bulan hingga lima tahun dan denda 10,000 hingga 100,000 baht (RM1,250 hingga RM12,500).

BACA >>> Pemandu Grab Kena Ludah, Siku Sebab Nombor Plat Tak Sama dengan Aplikasi
BACA >>> Yamaha RX-Z (2009) dengan Rim GTO, Nombor Plat Satu Angka Ini Mahu Dijual RM180k!
BACA >>> Filipina Perkenal Semula Program Beli Nombor Plat Khas Harga Premium
BACA >>> Jenayah Curi Nombor Plat, Ekzos Meningkat Sepanjang 2021, Pelanggan UK Rugi RM383j!

SUMBER: TheThaiger

Related

603
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, nombor plat palsu, Polis Thailand, Ronnachai, Seksyen 265 Undang-Undang Jenayah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my