Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PolicyStreet Tawar Kredit TnG RM100 untuk Setiap Pembaharuan Insurans Kereta!
Auto Terkini

PolicyStreet Tawar Kredit TnG RM100 untuk Setiap Pembaharuan Insurans Kereta!

Han OthmanBy Han Othman07/07/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kempen 'Cash Kembali' untuk renew insurans dengan PolicyStreet
BERITA baik untuk pemilik kereta di Malaysia. penyedia insurans digital, PolicyStreet kini memperkenalkan kempen ‘Cash Kembali’ yang menawarkan pulangan tunai RM100 dalam bentuk kredit Touch ’n Go eWallet untuk setiap pembaharuan insurans kereta menerusi platform mereka.

Kempen itu bukan saja terbuka kepada semua pemilik kenderaan di Malaysia, tetapi juga tidak mengenakan sebarang pembelian minimum atau had model kenderaan. Sama ada anda memandu Perodua Axia atau Ford Ranger, semua layak menerima ganjaran.

RM100 untuk Setiap Kenderaan, Bukan Seorang

Kempen 'Cash Kembali' untuk renew insurans dengan PolicyStreet

Apa yang menjadikan kempen itu menarik ialah RM100 tersebut ditawarkan bagi setiap kenderaan, bukan individu. Ini bermaksud, jika anda memiliki lebih daripada satu kereta, dan memperbaharui insurans semua kenderaan itu di PolicyStreet, anda akan menerima RM100 setiap satu.

Contoh: Dua kereta = RM200 kredit TnG. Senang cerita, semakin banyak anda memperbaharui insurans, semakin banyak anda dapat balik.

Pengasas Bersama dan CEO PolicyStreet, Yen Ming Lee
Logo PolicyStreet
Logo TNG eWallet

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PolicyStreet, Yen Ming Lee berkata;

Insurans kereta adalah salah satu komitmen tahunan terbesar bagi ramai rakyat Malaysia. Kami mahu ubah tanggapan ia satu beban, kepada satu bentuk ganjaran. Dengan Cash Kembali, pelanggan bukan saja dilindungi, tetapi turut menerima nilai tambahan.”

Proses Mudah, Tanpa Borang Fizikal

Bagi menyertai kempen itu, pelanggan hanya perlu layari laman car.policystreet.com, isi maklumat asas dan dapatkan sebut harga secara automatik daripada beberapa penyedia insurans utama. Semua dilakukan secara dalam talian tanpa borang kertas, tanpa beratur, dan tanpa perlu bercakap dengan ejen.

Sebelum membuat bayaran, pengguna turut boleh menambah pelbagai perlindungan tambahan seperti:

  • Cukai jalan
  • Perlindungan cermin
  • Perlindungan bencana alam dan banyak lagi

Pulangan tunai RM100 akan dihantar dalam tempoh 30 hari selepas pembelian, dalam bentuk PIN tambah nilai TnG melalui e-mel.

Gabung dengan Kod Promo untuk Gandakan Jimat

Selain pulangan tunai, pelanggan turut boleh menggabungkan kod promo untuk lebih banyak diskaun:

  • PSBELANJA10 –  diskaun RM10 untuk pembaharuan pertama
    PAYDAY35 – diskaun tambahan RM35 antara 25-30 haribulan setiap bulan

Dan paling penting, ganjaran RM100 tetap diberikan walaupun anda guna kod promo.

Bayar Ansuran Pun Boleh

Bagi kemudahan tambahan, pelanggan juga boleh memilih untuk membayar secara ansuran sehingga 12 bulan menggunakan kad kredit daripada sembilan bank utama, termasuk Maybank, CIMB dan Public Bank.

Bagi pengguna kad debit pula, pelbagai opsyen Buy Now Pay Later (BNPL) turut ditawarkan seperti Atome, SPayLater dan Grab PayLater berserta diskaun apabila checkout.

Lebih Banyak Ganjaran Akan Datang

Menurut PolicyStreet, kempen Cash Kembali hanya permulaan kerana lebih banyak tawaran menarik dan nilai tambahan bakal diperkenalkan tidak lama lagi sebagai sebahagian usaha menjadikan pengalaman insurans lebih mudah, mampu milik dan memuaskan untuk semua pengguna.

Layari laman rasmi mereka di policystreet.com.my/tnc untuk maklumat lanjut dan terma serta syarat lengkap.

Auto Terkini insurans digital Malaysia insurans kereta murah Malaysia insurans online mudah. kredit Touch ’n Go percuma pembaharuan insurans kereta PolicyStreet Yen Ming Lee
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Pecah Rekod Jualan Global 2025

22/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

21/01/2026
iCAUR V23 Retro Edition 2026
0
Kenderaan Elektrik (EV)

Kit Badan ‘Retro Edition’ untuk iCAUR V23 Lancar, Harga Pakej RM22k

21/01/2026
Auto Terkini

Pos Malaysia Lancar Kenderaan Autonomi Pertama Negara

21/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.