Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kementerian Tak Mahu Campur Tangan, Biar Pasaran Tetapkan Tambang e-Hailing
Auto Terkini

Kementerian Tak Mahu Campur Tangan, Biar Pasaran Tetapkan Tambang e-Hailing

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize13/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan seboleh-bolehnya tidak mahu campur tangan mengenai harga lantai tambang e-hailing, sebaliknya mahu ditentukan kuasa pasaran, kata menteri Anthony Loke Siew Fook.

Loke berkata, Kementerian sedia maklum mengenai gesaan persatuan pemandu e-hailing (EHO) yang mahu Kerajaan campur tangan berhubung isu tambang, termasuk menyeragam kadar tambang antara bandar.

Kita faham permintaan mereka supaya Kerajaan menetapkan harga lantai untuk e-hailing. Setakat ini, cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan belum ada apa-apa keputusan,” katanya.

Loke berkata, Kementerian memahami harapan pemandu mengenai perkara berkenaan kerana pemandu tidak boleh memandu dengan kerugian selain ada kos operasi perlu ditanggung.

Tetapi kita perlu faham, kalau ada harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna mungkin akan lebih meningkat jadi ia merupakan pertimbangan yang perlu diambil kira.

“Jadi kita biarkan pasaran untuk tentukan harga dan ada harga dinamik antara EHO, pemandu dan penumpang,” katanya.

Terdahulu, media ini melaporkan EHO menggesa Kerajaan melaksanakan kadar tambang lantai terhadap perkhidmatan pengangkutan itu bagi melindungi kebajikan pemandu.

Dilaporkan pemandu e-hailing kian terdesak kerana kadar tambang semakin tidak menentu berikutan persaingan beberapa pengusaha perkhidmatan itu. Walaupun persaingan harga menguntungkan pengguna, sebaliknya membebankan pemandu e-hailing yang perlu menanggung kos minyak, tol, penyenggaraan dan sebagainya.

BACA >>> Kementerian: APAD Akan Kawal Selia Pendapatan Pekerja P-Hailing
BACA >>> Kerajaan Lanjut Had Usia Maksimum Teksi, e-Hailing Hingga 15 tahun, Kuat Kuasa 1 Januari 2023

Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini e-Hailing grab kementerian tambang Tambang e-Hailing
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.