Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kementerian Pengangkutan Kaji Kadar Cukai Jalan EV – Loke
Auto Terkini

Kementerian Pengangkutan Kaji Kadar Cukai Jalan EV – Loke

Han OthmanBy Han Othman01/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan sedang mengkaji semula kadar bayaran cukai jalan yang akan dikenakan bagi kenderaan elektrik (EV) supaya lebih rendah berbanding kenderaan biasa, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat supaya cukai jalan EV lebih murah berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) bagi menggalakkan lebih ramai pengguna memiliki EV.

Menurutnya, cukai jalan EV ketika ini adalah percuma hingga 2025, tetapi kementerian mengambil maklum mengenai beberapa maklum balas dalam kalangan pengguna EV yang mahu tahu kadar cukai kenderaan EV selepas tamat tempoh berkenaan.

Kementerian Pengangkutan, yang juga anggota dalam Pasukan Petugas Khas EV dipengerusikan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pada mesyuarat beberapa hari lalu, kita ada bentangkan satu kertas kerja bagaimana menyokong industri EV ini.

“Antara perkara akan dilaksanakan pihak kementerian adalah mengkaji semula struktur pencukaian jalan EV. Mengikut kaedah Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), memang ada pengiraan bagi kenderaan EV, dan memang pengiraaan cukai jalan bagi EV lebih mahal berbanding kereta biasa,” katanya.

Loke berkata, keputusan kadar cukai jalan EV akan diputuskan tahun ini. Kementerian juga bercadang memperkenalkan nombor plat khas untuk EV bagi tujuan membezakan daripada kenderaan biasa.

Bagi aspek keselamatan, sekiranya berlaku kemalangan, cara pengendalian kereta itu berbeza daripada kenderaan lain. Umpamanya jika berlaku kebakaran, ia tidak boleh sembur air saja. Pasukan bomba ada prosedur operasi standard sendiri,” katanya.

BACA >>> Pemilik EV, Kenderaan OKU Tidak Perlu Bayar Cukai Jalan Hingga 2025
BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Cukai Jalan (LKM) Perlu Dibayar Pemilik Kenderaan Indonesia?

SUMBER: Bernama

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Cukai Jalan EV Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

27/03/2026
AFEELA Prototype 2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

27/03/2026
Auto Terkini

JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

27/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

27/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.