Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kembar Toyota Innova, Suzuki Invicto (2023) Lancar di India, Harga Mula RM140k!
Roda4

Kembar Toyota Innova, Suzuki Invicto (2023) Lancar di India, Harga Mula RM140k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK bertahun lama, sebahagian pengguna Indonesia percaya kepada slogan ‘Kijang Tiada Duannya’ dan stereotaip itu tidak lagi relevan kerana Kijang kini sudah ada kembar di India.

Di Indonesia, Toyota bekerjasama dengan Daihatsu untuk menghasilkan beberapa produk dan strategi itu juga dilakukan Toyota di pasaran India. Bezanya, Toyota Glanza dan Hyryder dihasilkan Maruti dan dibekalkan kepada Toyota India. Suzuki Invicto pula sebaliknya.

INI PERBEZAAN SUZUKI INVICTO

Suzuki Invicto (2023) menampilkan rekebentuk fasia unik dengan dua panel krom melintang sepanjang gril. Rekabentuk lampu utama dan belakang meminjam ciri signatur lampu siang (DRL) jenis tiga blok Suzuki Nexa.

Bampar depan memiliki rekabentuk berbeza dengan hiasan plat pelindung. Rim aloi 17 inci juga diberikan rekaan berbeza.

Kemasan kabin Suzuki Invicto (2023) berwarna hitam dengan aksen emas cair (champagne gold). Tidak dilupakan unit infotainmen skrin sentuh 10.1 inci dengan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay jenis wayarless.

Juga diberikan kamera pandang keliling 360º, bumbung panoramik, lampu ambien, kerusi pemandu boleh laras elektrik dengan fungsi memori, pintu but elektrik, sistem penyaman udara dwi-zon digital, kerusi dengan ciri pengudaraan, kluster instrumen digital 7-inci dan lebih 50 ciri Suzuki Connect.

TRENKUASA

Suzuki Invicto (2023) dijana enjin 4-silinder 2.0L hibrid, berkuasa 184hp dan tork 188Nm dengan sistem transmisi automatik e-CVT.

Ini juga model Maruti Suzuki yang ditawarkan dalam pilihan trenkuasa hibrid dan transmisi CVT, tanpa varian petrol dan transmisi manual. Suzuki mendakwa Invicto mampu memecut 0-100kmj sepantas 9.5 saat, manakala penggunaan bahan api 23.24km per liter.

VARIAN & HARGA

Berikut tiga varian Suzuki Invicto (2023) dengan kapasiti tempat duduk berbeza:

  • Zeta+ (7-kerusi): 2,479,000 rupee (RM140,060)
  • Zeta+ (8-kerusi): 2,484,000 rupee (RM140,340)
  • Alpha+: 2,842,000 rupee (RM160,565)

Ada empat warna ditawarkan, iaitu Mystic White (putih), Stellar Bronze (tembaga), Majestic Silver (perak) dan  Nexa Blue (biru).

SUMBER: AutonetMagz | Zigwheels

Auto Terkini Crossover Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kijang Tiada Duannya Maruti Suzuki MPV Roda4 SUV Suzuki Maruti Toyota Glanza Toyota Hyryder
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.