• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kekayaan Penduduk Bumi Bantu Lamborghini Catat Rekod Jualan Luar Biasa

Kekayaan Penduduk Bumi Bantu Lamborghini Catat Rekod Jualan Luar Biasa

October 29, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

412
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, jurang jualan kereta mewah, sport dan eksotik berbanding kereta pengeluaran massa nyata begitu besar hingga berjuta kali ganda? Sebagai contoh, jumlah jualan pengeluar kereta terbesar dunia adalah sekitar 10 juta unit setahun, manakala jualan kereta eksotik seperti Lamborghini pula hanya 4,000 hingga 5,000 unit setahun.

Jurang itu walaupun sangat besar, tetapi tidak melambangkan prestasi kewangan tepat jika melihat contoh ini:

  • Lamborghini Aventador S: RM3.3 juta
  • Perodua Axia 1.0 Advance (auto): RM41,497.38

Ini bermakna, nilai sebuah Aventador S bersamaan 79 unit Axia. Bagaimanapun untuk menjual 79 buah Axia jauh lebih mudah berbanding sebuah Aventandor S. Inilah sebab kenapa angka yang 'tidak seberapa' itu menjadi rekod membanggakan buat Lamborghini.

REKOD PENTING SEJARAH

huracan-performante
huracan-performante-2
huracan-performante-3
huracan-performante-4
huracan-performante-5

Genap ulang tahun pengeluaran ke-6, Lamborghini Aventador mencapai satu rekod penting dalam sejarah syarikat itu dengan pengeluaran 7,000 unit. Secara purata, sebanyak 1,166 unit Aventador dikeluarkan saban tahun sejak dilancarkan pada Pameran Motor Frankfurt 2011.

Unit ke-7,000 adalah daripada varian Aventador S Roadster berwarna Grigio Adamas dan bakal dieksport ke Amerika Syarikat (AS) dari kilang Sant’Agata Bolognese, Itali.

BACA >>> Walaupun Lamborghini Diablo Milik Jamiroquai Ini Penuh Kisah Tragis, Harga Jualan RM3.1 Juta

Satu lagi pencapaian menarik dan benar-benar menunjukkan kemampuan penduduk dunia ialah jumlah pengeluaran Lamborghini Huracán yang sebanyak 9,000 unit dan dicapai dalam tempoh tiga tahun sahaja. Unit ke-9,000 adalah varian Huracán Performante berwarna Blue Nethuns yang bakal menemui pemiliknya di Dubai.

Walaupun jumlah jualan tahunan Lamborghini hanya secebis sahaja berbanding pengeluar kereta massa, tetapi dijangka bakal berubah tidak lama lagi selepas pelancaran Urus, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) kedua dalam sejarah pengeluar supercar Itali itu. Model itu diramalkan mengubah industri kereta eksotik dan berprestasi tinggi.

Mungkinkah SUV Lotus dan Ferrari selepas ini?

Automobili Lamborghini.03
Lamborghini Aventador S.01
Lamborghini Huracan Performante.02
Lamborghini Urus
huracan-performante-5
huracan-performante-4
huracan-performante-3
huracan-performante-2
huracan-performante

Related

412
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Lamborghi Aventador S Roadster, Lamborghi Huracán, Lamborghini, Rekod jualan, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
    #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?
    #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev