• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: KEJARA Gagal, Sistem Demerit akan Dirombak!

Loke: KEJARA Gagal, Sistem Demerit akan Dirombak!

June 13, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Anthony Loke: Sistem demerit KEJARA gagal, akan dirombak besar-besaran.
MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siw Fook mengakui sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) gagal berfungsi efektif dan akan dirombak secara menyeluruh dalam masa terdekat.

Sistem yang diperkenalkan pada 2017 itu dikatakan tidak mampu menghukum pesalah trafik secara langsung, memandangkan mata demerit hanya ditolak selepas bayaran kompaun dibuat. Jika kompaun belum dijelaskan, tiada sebarang tindakan diambil ke atas pemandu terlibat.

Mata demerit KEJARA
Mata demerit KEJARA

Saya mengakui sistem KEJARA ini gagal sebab pendekatan tidak betul. Kita akan teruskan, tapi dengan rombakan besar-besaran - Menteri Pengangkutan, AnthonyLoke Siew Fook

KEJARA akan Ditambah Baik, Penguatkuasaan Lebih Pantas dan Konsisten

Loke menegaskan mahu penguatkuasaan undang-undang jalan raya dilaksanakan tanpa kelewatan supaya pemandu yang melakukan kesalahan terus dikenakan tindakan secara konsisten dan automatik.

Apakah Sistem KEJARA?

Diperkenalkan sejak 2017 di bawah inisiatif Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), KEJARA bertujuan:

  • Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
  • Merekod kesalahan trafik berulang
  • Menggantung atau membatalkan lesen jika terlalu banyak mata demerit dikumpul

Namun menurut statistik terkini, keberkesanan sistem itu semakin dipersoal apabila ramai pesalah trafik masih bebas walaupun melakukan kesalahan berulang kali.

Rombakan Sistem KEJARA: Apa Boleh Dijangka?

Antara perubahan dijangka adalah:

  • Pemotongan mata automatik, tidak bergantung kepada bayaran kompaun.
  • Penyelarasan data kesalahan dengan pangkalan JPJ dan PDRM.
  • Notifikasi terus kepada pemilik lesen selepas kesalahan dilakukan.

Buat masa ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti mekanisme baharu untuk sistem KEJARA dan butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA), Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
    Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev