• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kejap Laju Kejap Perlahan, Kelajuan Tak Menentu Buat Yamaha Risau Menjelang Aksi Sepang

Kejap Laju Kejap Perlahan, Kelajuan Tak Menentu Buat Yamaha Risau Menjelang Aksi Sepang

February 9, 2023 By Sharil Leave a Comment

275
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MAMPUKAH Monster Energy Yamaha MotoGP mengatasi isu ketidakpastian kelajuan tertinggi pasukan itu pada ujian MotoGP Sepang, 10-12 Februari ini?

Enjin baharu Yamaha untuk saingan MotoGP 2023 diperkenal di Misano dengan hasil sangat positif, tetapi reaksi pelumbanya, Fabio Quartararo terkejut kerana enjin tersebut sepatutnya lebih laju sedikit daripada prototaip yang diuji di Misano dan Barcelona. Sebaliknya, prestasi YZR-M1 itu sama saja seperti enjin musim lalu.

BACA >>> Quartararo Kemalangan Motocross, Retak Tulang Tangan Kiri
BACA >>> Quartararo Kecewa Enjin Baharu Yamaha Tidak 'Power', Lemau Macam M1 Lama

Yamaha baru-baru ini mencatatkan peningkatan pada ujian Sepang Shakedown dengan pelumba uji, Cal Crutchlow dilaporkan mencatatkan kelajuan terbaik, 335.4kmj, iaitu 1kmj lebih perlahan daripada rekod di Sepang yang dicatat Enea Bastianini.

Crutchlow turut mencatatkan kelajuan 330kmj pada hari pembukaan walaupun kurang memberangsangkan. Ini bermakna Quartararo dan rakan lumbanya, Franco Morbidelli masih ada masa memperbetulkan sesuatu menjelang ujian rasmi tiga hari di Sepang nanti.

Sebaliknya, Quartararo hanya mencatatkan kelajuan tertinggi 298.3kmj walaupun menerima aliran gelincir (slipstream) daripada Morbidelli dengan menamatkan perlumbaan hanya sedikit di belakang Jorge Martin yang mencatat kelajuan 300kmj.

Menurut Quartararo, perbandingan kelajuan ketika pusingan kelayakan adalah sama seperti dahulu dan Yamaha perlu menganalisis isu berkenaan berikutan perbezaan prestasi enjin diperoleh Crutchlow dalam ujian terdahulu.

Biasanya enjin ini mempunyai lebih kuasa kuda dan di Jerez minggu lalu, Cal (Cructhlow) mencuba dan jelas lebih baik. Tetapi kelajuan tertinggi sekarang dengan tahun lalu adalah sama. Ini masalah kerana kami tidak ada kuasa tambahan seperti dijangka," kata Quartararo.

Mampukah kelajuan tambahan pasukan Yamaha dapat dijelmakan pada ujian MotoGP Sepang yang bakal berlangsung tidak lama lagi? Atau adakah Yamaha bakal terus menelan asap Ducati?

BACA >>> Ujian Rasmi MotoGP Kembali ke Sepang 10-12 Februari Ini, Ada Pit Lane Walk, Masuk Percuma!
BACA >>> Senarai Awal Pelumba MotoGP 2023, Siapa Bakal Juara?

SUMBER: Crash

Related

275
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2023, Auto Terkini, Cal Crutchlow, Fabio Quartararo, franco morbidelli, Monster Energy Yamaha MotoGP, MotoGP, roda2, sukan permotoran, ujian motogp sepang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
    #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev