Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kegani Racing Academy Juara Vios Enduro Cup di Sepang 1000KM dalam Aksi Penuh Drama!
Auto Terkini

Kegani Racing Academy Juara Vios Enduro Cup di Sepang 1000KM dalam Aksi Penuh Drama!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam04/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Vios Endurance Cup 2025

EDISI kelima Vios Enduro Cup dalam perlumbaan Sepang 1000KM sekali lagi tidak mengecewakan dengan aksi penuh debaran hingga ke detik terakhir apabila keputusan juara hanya diputuskan di selekoh terakhir pusingan akhir.

Pertarungan sengit berlangsung sepanjang baki jam terakhir perlumbaan 8 jam itu antara dua pasukan Kegani Racing Academy (Kenny Lee dan Loke Yin Yee) dan Axle Sports (Alister Yoong, Aman Nagdev dan Genevieve Ooi).

Kedua-dua pasukan saling berentap mendapatkan kedudukan pendahulu hingga penghujung perlumbaan.

Pitstop Tidak Dijangka Uubah Segalanya

Menjelang dua lap terakhir, Kenny Lee berada di depan, tetapi terpaksa melakukan hentian pit kecemasan, termasuk menukar pelumba. Peluang itu dimanfaatkan Axle Sports yang kembali memintas dengan jentera #61 ke depan, selepas mendominasi sebahagian besar perlumbaan.

Namun drama sebenar tercetus di selekoh terakhir apabila jentera #61 tiba-tiba terhenti (stall), sekali gus membuka ruang kepada Yin Yee memecut memintas, sekali gus merangkul kemenangan dramatik untuk Kegani Racing Academy.

Strategi Utama Kegani Racing Academy

Bagi Kenny Lee, yang sudah beraksi dalam S1K sejak 2009 dan pernah muncul juara keseluruhan pada 2010, kemenangan kali ini membuktikan kepentingan strategi dalam perlumbaan enduran.

Dalam perlumbaan enduran, apa saja boleh berlaku hingga lap terakhir. Safety car di penghujung perlumbaan mengacau perancangan kami dan saya sendiri keletihan hingga terpaksa masuk pit untuk tukar pelumba.

Tak sangka pula kereta pendahulu berhenti di Turn 15. Strategi memang menyelamatkan kami hari ini,” katanya.

Cabaran Cuaca, Kelajuan dan Tempo Lumba

Menurut Kegani Racing Academy, kondisi litar lembap pada sesi kelayakan menjejaskan pelarasan keseluruhan dan membuat mereka ketinggalan hampir 3 saat berbanding pesaing terpantas.

Kami laju dalam sesi latihan, tetapi Qualifying memang mencabar. Dalam race pun, hanya bila litar betul-betul kering barulah kami dapat cari pace.

“Kereta pasukan lain sangat laju, tapi kami kekal fokus dan percaya pada strategi,” kata pasukan.

Hadiah Tunai RM10,000 untuk Juara

Kemenangan tersebut menghadiahkan RM10,000 kepada Kegani Racing Academy di tempat pertama. Axle Sports (kedua) membawa pulang RM8,000, dan ketiga dimenangi duo Thailand, Surasak Dakeng dan Varunchit Wattanathakun daripada RUK Team Nexter PMC52 dengan hadiah bernilai RM6,000.

Pertembungan Tiga Generasi Toyota Vios

Edisi kali ini mencatat sejarah unik apabila ketiga-tiga generasi jentera Vios Challenge beraksi bersama dalam format enduran melangkaui tradisi Perlumbaan Pantas (Sprint Race).

Sebanyak 13 kereta dan 38 pelumba bersaing mengharungi 1,000km dalam aksi penuh adrenalin selama lapan jam. Menariknya, 10 daripada 38 pemandu datang dari siri Vios Challenge 2025, yang menunjukkan peningkatan bakat tempatan dalam ekosistem Toyota GAZOO Racing (TGR) Malaysia.

Barisan Pelumba Paling Pelbagai Setakat Ini

Tahun ini menyaksikan penyertaan antarabangsa paling pelbagai, dengan barisan pelumba dari Malaysia, India, Thailand, Jepun dan Norway. Format enduran menuntut pertukaran pelumba setiap maksimum 75 minit, menjadikan kerjasama pasukan, konsistensi dan strategi lebih kritikal berbanding perlumbaan singkat.

Enduran Sepang 1000KM Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS Toyota Gazoo Racing Vios Enduro Cup
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Puspakom Lanjut Operasi Sabtu 14 Mac Di Seluruh Negara

11/03/2026
Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.