Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Umum Harga Ninja 7 Hybrid, Z7 Hybrid di Amerika Utara
Auto Terkini

Kawasaki Umum Harga Ninja 7 Hybrid, Z7 Hybrid di Amerika Utara

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI akhirnya mengumumkan harga jualan asas dua motosikal hibrid iaitu Ninja 7 Hybrid dan Z7 Hybrid di Amerika Utara, masing-masing bermula serendah AS$12,499 (RM59,083).

Kedua-dua motosikal hibrid itu menggunakan trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris 451cc DOHC sejukan cecair dengan motor elektrik segerak kompak dan pek bateri litium ion 48V.

Sistem transmisi jenis kotak gear 6-kelajuan manual automatik. Sistem trenkuasa itu menawarkan pecutan mirip model supersport 1,000cc dari titik pegun dengan bantuan teknologi e-Boost.

Model hibrid itu dilengkapi tiga mod tunggangan dengan fungsi e-Boost iaitu Sport-Hybrid, Eco-Hybrid dan EV.

Kombinasi kuasa output dengan teknologi hibrid dikatakan antara 58hp hingga maksimum 68hp, membantu penggunaan bahan api lebih cekap dan menambah baik daya pecutan. Daya tork pula 59.9Nm pada 2,800rpm.

Apa yang membezakan ialah teknologi e-Boost untuk siri Ninja dan Z hibrid itu dihadkan masa selama 5 saat berbanding siri motosikal elektrik e-1 Kawasaki iaitu selama 15 saat.

Penukaran gear boleh dibuat dengan menekan butang pada konsol kawalan kiri atau melakukannya secara manual. Siri hibrid itu tidak dilengkapi klac tangan kerana sistem akan mengawal klac hidraulik motosikal tersebut.

Turut disertakan dalam pakej teknologi pengurusan enjin ialah fungsi henti mula secara automatik mirip ciri yang terdapat pada sebilangan skuter moden. Tujuannya untuk menjimatkan penggunaan petrol semasa anda henti menunggang seketika.

PERINCIAN LAIN

  • Kedua-duanya menggunakan fork teleskopik 41mm dengan penyerap hentak tunggal boleh laras prabeban.
  • Sistem brek cakera tunggal 300mm dengan kaliper dwi-piston (depan), cakera 200mm dengan kaliper piston tunggal (belakang). Turut disertakan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).
  • Tangki minyak 14 liter.
  • Satu warna pilihan Metallic Bright Silver/Metallic Matte Lime Green/Ebony (putih perak hijau)

 

autoterkini Kawasaki Ninja 7 Hybrid Kawasaki Ninja Hibrid Kawasaki Z7 Hybrid roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLS 2027, S-Class Versi SUV 7 Tempat Duduk, Canggih Dengan AI!

    01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    01/04/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Auto Terkini

    GWM Malaysia Sedia Pelan 2026 – 2028 – Sasar 60k Jualan Fokus SUV, Teknologi Hibrid

    01/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.