Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
Auto Terkini

Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia

SyafieBy Syafie13/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kawasaki All Star Nilai

PENGELUAR motosikal nasional dan subsidiari DRB-Hicom, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), hari ini bersama pengedar rasmi, Sendayan Motor Sdn Bhd, meraikan pembukaan rasmi Kawasaki Nilai, yang juga pusat All Star 4S ke-10 seluruh negara.

Pembukaan itu satu lagi langkah penting dalam memperluas rangkaian Kawasaki di Malaysia, sekali gus memperkukuh pengalaman pemilikan dan budaya tunggangan buat komuniti penunggang di Negeri Sembilan dan kawasan sekitar.

Hab 4S Lengkap Untuk Peminat Kawasaki

CEO Modenas, Roslan Roskan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, penubuhan Kawasaki Nilai menandakan kematangan dan komitmen berterusan syarikat terhadap pelanggan di Malaysia.

Nilai menjadi outlet All Star ke-10 kami – satu pencapaian penting yang mencerminkan pertumbuhan dan komitmen Kawasaki untuk terus memberikan pengalaman bertaraf dunia kepada semua penunggang tempatan.”

Roslan menambah, setiap pusat Kawasaki All Star direka sebagai hab sehenti yang menawarkan kemudahan 4S lengkap dengan jualan motosikal, servis profesional, alat ganti tulen dan ruang pameran premium, semua di bawah satu bumbung.

Selain itu, outlet terbaharu itu juga dijangka membantu menjana peluang pekerjaan dan merancakkan lagi ekosistem permotoran di Negeri Sembilan.

Lebih Sekadar Jualan , Sau Komuniti Penunggang

CMO Modenas, Hitoshi Inoue

Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Modenas, Hitoshi Inoue menegaskan, jenama Kawasaki bukan sekadar mengenai jentera berkuasa tinggi, tetapi juga melambangkan kebebasan, semangat dan komuniti.

Kawasaki Nilai bukan sekadar pusat jualan, tetapi tempat berkumpul penunggang untuk berkongsi pengalaman, mengenali model baharu dan memperkukuh budaya menunggang di Malaysia.”

Sendayan Motor – 50 Tahun Legasi, Kepercayaan

Pengarah Kawasaki Nilai, David Goh

Kawasaki Nilai dikendalikan Sendayan Motor Sdn Bhd, iaitu perniagaan keluarga yang beroperasi sejak 1976. Kini dengan lima cawangan seluruh Negeri Sembilan, Sendayan Motor dikenali sebagai nama dipercayai dalam komuniti permotoran tempatan.

Pengarah Kawasaki Nilai, David Goh Lim Jia berkata, pembukaan outlet itu kesinambungan kepada komitmen syarikat terhadap pelanggan.

Daripada permulaan kami pada 1976 hingga menjadi outlet All Star ke-10 hari ini, keutamaan kami tetap sama, berkhidmat kepada penunggang dengan penuh semangat dan kepercayaan.”

David menambah, outlet itu bukan sekadar ruang jualan, tetapi destinasi komuniti yang menggabungkan inovasi, prestasi dan layanan pelanggan di bawah satu bumbung.

Majlis Meriah, Tarikan Istimewa

ADUN Nilai, YB Arulkumar Jambunanthan
Kawasaki All Star Nilai

Majlis pembukaan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB Arulkumar Jambunanthan. Antara pengisian acara termasuk persembahan tarian singa, sesi menandatangani plak perasmian, lawatan ke ruang pameran dan jamuan tengah hari untuk lebih 500 tetamu.

Bagi memeriahkan suasana, sesi cabutan bertuah turut diadakan dengan hadiah menarik seperti motosikal Modenas MR3, helmet LS2, jaket tunggang dan barangan eksklusif Kawasaki.

Langkah ke Depan: Mobiliti Lestari, Pengalaman Premium

Modenas dan Kawasaki juga mengesahkan lebih banyak outlet All Star akan dibuka dalam masa terdekat. Kedua-dua jenama itu kini menumpukan kepada mobiliti mampan dan pengalaman gaya hidup premium yang bakal mentakrifkan semula dunia tunggangan generasi baharu.

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.modenas.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-5708135.

Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Kawasaki All Star Nilai
Pengarah Kawasaki Nilai, David Goh
CEO Modenas, Roslan Roskan
CMO Modenas, Hitoshi Inoue
ADUN Nilai, YB Arulkumar Jambunanthan
Auto Terkini Kawasaki All Star 4S Kawasaki Nilai Modenas Modenas Kawasaki Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.